ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

6 Syarikat Telko Disaman — Pelanggan Dapat Apa?

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman berjumlah RM920,000 kepada enam syarikat telekomunikasi (telko) kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar didaftarkan dengan betul.

Syarikat-syarikat yang didakwa melanggar syarat lesen itu ialah Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn. Bhd., U Mobile Sdn. Bhd., Tune Talk Sdn. Bhd., Maxis Mobile Services Sdn. Bhd. dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Menurut SKMM dalam kenyataan hari ini, saman terbanyak diterima oleh Celcom Axiata Berhad dengan lapan saman yang kesemuanya berjumlah RM400,000.

"Merchantrade Sdn. Bhd. dikenakan tujuh saman berjumlah RM240,000, manakala U Mobile Sdn. Bhd. dikenakan empat saman berjumlah RM100,000.

"Tiga saman dikeluarkan terhadap Maxis Mobile Services Sdn. Bhd. berjumlah RM150,000 manakala Maxis Broadband Sdn. Bhd. dan Tune Talk Sdn. Bhd. masing-masing dikenakan saman sebanyak RM10,000," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembekal perkhidmatan atau wakil-wakilnya dikehendaki mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam kad pengenalan atau pasport bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir.

Kegagalan berbuat demikian bermakna syarikat tersebut melanggar syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"SKMM melihat kegagalan untuk memastikan pendaftaran maklumat pengguna dengan tepat sebagai kesalahan yang serius.

"SKMM telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes di mana nombor kad pengenalan serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada syarikat yang dimaksudkan," kata kenyataan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130313/je_06/6-syarikat-telko-disaman-RM920000

PERSOALANNYA, bagaimana dengan nasib pelanggan-pelanggan yang mengalami kerugian? Adakah saman yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjumlah RM920,000 akan diagih-agihkan kepada para pelanggan yang mendapat 'rugi'?

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top