ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

4 Premis ditarik balik sijil halal di Sarawak

///JANGAN main sembunyi-sembunyi oh Utusan

KUCHING 17 Mac - Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) menarik balik sijil halal empat premis perniagaan di negeri ini kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Ir. Daud Abdul Rahman berkata, tindakan itu diambil selepas beberapa penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan dan mendapati premis-premis terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

Katanya, premis tersebut iaitu dua buah di Kuching manakala masing-masing sebuah di Sibu dan Miri tidak mematuhi peraturan ditetapkan walaupun pihak JAIS telah mengeluarkan notis awal.

"Bagaimanapun, penarikan sijil halal tersebut adalah sementara dan sekiranya pemilik premis berkenaan ingin mendapatkan sijil tersebut semula mereka perlu memohon sekali lagi.

"Pemilik premis perlu menyedari tanggungjawab mereka dalam menjalankan perniagaan makanan kerana JAIS tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis makanan yang melanggar setiap peraturan dan syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penguat kuasa JAIS sentiasa menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa dan antara faktor yang dititik berat adalah ramuan dan kandungan yang digunakan.

Katanya, pemilik premis makanan tidak boleh mengambil mudah kerana tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ramuan yang diguna pakai bercampur dengan barangan tidak halal.

**sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130318/wb_03/Sijil-halal-empat-premis-ditarik-balik#.UUpCPKUeJZE.facebook

///RAKYAT jelata khususnya bagi yang beragama Islam tertanya-tanya, premis makanan mana yang ditarik sijil halalnya? Seharusnya media memaparkan terus senarai premis yang tidak patuh prosedur ini, bukan melindungi mereka. Peringatan ini ditujukan buat sekelian media dalam negara, tak kira apa pun jenamanya!

Premis-premis yang ditarik balik sijil halalnya adalah seperti berikut:

1. RH HOTEL [BANQUET KITCHEN] — [PREMIS MAKANAN (HOTEL)]
Lokasi: Jln Kpg Nyabor, Sibu
DITARIK BALIK pada 10 Januari 2013

2. RH HOTEL [ORIENTAL BISTRO WESTERN KITCHEN] — [PREMIS MAKANAN (HOTEL)]
Lokasi: Jln Kpg Nyabor, Sibu
DITARIK BALIK pada 10 Januari 2013

3. RH HOTEL [ORIENTAL BISTRO & PASTRY KITCHEN] — [PREMIS MAKANAN (HOTEL)]
Lokasi: Jln Kpg Nyabor, Sibu
DITARIK BALIK pada 10 Januari 2013

4. PERUSAHAAN ZAMAN JAYA POULTRY SDN BHD — [RUMAH SEMBELIHAN]
Lokasi: No.2B, Lane 61A, Lanang Road, Sibu
DITARIK BALIK pada 10 Januari 2013

*sumber: www.jais.sarawak.gov.my/modules/web/news_print.php?nid=103

#sekian sama-sama kasih

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top