ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

4 Kumpulan Manusia (Menurut Ibn Taimiyyah)

*empat (4) kumpulan manusia*

(1)

*jauhar*

Andai menyaksi fitrah 'alam binatang,
Tampak kasih-Nya itu hadir bak jauhar;
Andai miliki sabar tanpa kasih sayang,
Samalah seperti seorang buruh kasar.

(2)

*selapis*

Andai menatap 'alam jauh ke dasar,
'Alam selapis ini pasti tidak menjadi pilihan;
Andai miliki kasih sayang tanpa sabar,
Samalah seperti setengah-setengah perempuan.

(3)

*buntang*

Allah Ta'ala ciptakan indah 'alam terbuntang,
Adapun yang indah itu meliputi kekuasaan-Nya;
Andai tiada punya sifat sabar dan kasih sayang,
Samalah seperti pesakit jiwa yang gundah jiwanya.

(4)

*terang*

Cahaya lampu tak sebanding matahari nan terang,
Demikian kasih-Nya ada buat sekelian insan;
Andai punya lengkap sifat sabar dan kasih sayang,
Inilah orang terpuji dan cemerlang di sisi Tuhan.

~ AA

++ADAPUN sebenarnya saya sedang meneliti ulasan Ibn Taimiyyah terhadap ayat al-Quran, iaitu:

".... dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang."

Surah al-Balad, ayat 17

Menurut Ibn Taimiyyah, bahawa manusia dari segi kesabaran dan kasih sayang terbahagi kepada empat (4) kumpulan, iaitu:

1. Orang-orang yang mempunyai sifat sabar tetapi mempunyai sifat kasih sayang seperti buruh kasar.

2. Orang-orang yang mempunyai kasih sayang tetapi tidak mempunyai sifat sabar seperti setengah-setengah orang perempuan.

3. Orang-orang yang tidak mempunyai sifat sabar dan juga tidak mempunyai sifat kasih sayang seperti orang tidak tenteram jiwanya.

4. Orang-orang yang mempunyai sifat sabar dan juga mempunyai sifat kasih sayang. Inilah orang-orang yang terpuji.

Lalu saya himpun empat (4) kumpulan ini dalam,

1. Jauhar

2. Selapis

3. Buntang

4. Terang

Semua ini saya lakukan demi memudahkan kefahaman saya. Wahai Allah, permudahkanlah segala urusan dunia akhirat; di sini 'afiat, di sana selamat. Allahumma amin ya rabbal 'alamin.

Sekian sama-sama kasih.

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ®

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top