ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Politik - Kalung Bunga

*POLITIK*

Kalau ada padi di paya,
Jangan kita menugal lagi;
Walau siapa menjadi raja,
Tangan kita tetap ke dahi.

Buluh betung pucuknya rapuh,
Kucing putih tangkap tekukur;
Sepuluh pun jong masuk berlabuh,
Anjing masih bercawat ekor.

Orang Cina pergi ke pajak,
Dapat ringgit bergambar burung;
Barang di mana bumi dipijak,
Di situ langit kena dijunjung.

Jual sayur jual keladi,
Dedalu api cambah di batang;
Biarlah hancur biarlah mati,
Tak mahu lagi dijajah orang.

Buah amra masak bergetah,
Baharu nak mengkal gugur sendiri;
"Dipecah-pecah lalu perintah"
Itulah akal penakluk negeri.

Baju baharu kain bertekat,
Baju belah pakai kerongsang;
Bersatu padu kuat seikat,
Kalau berpecah dimakan orang.

Tanah merah tanahnya liat,
Buat menimbun tambak negeri;
Antara pemerintah dengan rakyat,
Kebajikan umum hendak dicari.

Anak kera di kayu ara,
Lalu memanjat ke pokok duku;
Antara negara dengan negara,
Pakat sahabat hendak dituju.

Orang memukat di Teluk Sepat,
Cuaca gelap beransur terang;
Kalau muafakat tidak didapat,
Sengketa kerap membawa perang.

Turun ke sawah memakai tudung,
Padi di huma layu lengkesa;
Seekor sawa seekor tedung,
Bersama-sama mengadu bisa.

~ KalungBunga (Za'ba)
Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ® melalui peranti tanpa wayar Celcom

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top