eh notebook?

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pendidikan Percuma 1982?

*KHABARNYA (?)*

KHABARNYA bahawa 'sejarah' pendidikan selepas merdeka 'boleh' dibahagikan kepada empat (4) peringkat, iaitu:

Peringkat Pertama (1)

1. Dasar Razak (1956);
2. Dasar Rahman Talib (1961);
3. Penyata Kabinet (1970).

Dikatakan bahawa ketiga-tiga dasar di atas ini menekankan tentang keperluan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan akses pendidikan iaitu memberi peluang kepada pelajar luar bandar mendapat pendidikan yang lebih baik.

Peringkat Kedua (2)

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN), 1988.

Dikatakan pula bahawa dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini lebih menekankan perkembangan seimbang potensi pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). FPN juga 'khabarnya' memasukkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran guru bertujuan bagi mewujudkan masyarakat madani.

Peringkat Ketiga (3)

1. Era ICT dan globalisasi di alaf baru.

Dikatakan bahawa penekanan diberikan kepada bidang sains dan teknologi kerana perkembangan pesat negara dalam bidang industri dan ekonomi.

Peringkat Keempat (4)

1. Menuju ke arah negara maju melalui Wawasan 2020.

Dikatakan bahawa penekanan akan diberikan kepada elemen kreativiti dan inovasi serta melahirkan pelajar yang berfikir secara kritis.

Baiklah, setelah melalui empat (4) peringkat ini, bilakah pula akan tertunainya janji 'Pelajaran Percuma' menjelang tahun 1982? Tahun berapakah sekarang ini? Apakah Dasar Pendidikan Kebangsaan ini belum lagi dilaksanakan 'sepenuhnya' seperti yang dijanjikan ketika itu (1982). Menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sesuai sangatlah isu ini dinaikkan, dan cocok sekali dengan slogan "Janji Ditepati". Oleh itu marilah sama-sama kita nantikan ketepatan janjinya, sama ada terlaksana atau termungkiri akan kita ketahui juga kesudahannya nanti.

Sekian sama-sama kasih.

~ Kutip-Cuplik-Saja

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ® melalui peranti tanpa wayar Celcom

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top