ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nyanyian Ba'al - Mohammad Iqbal

*Nyanyian Ba'al*

TELAH dirobek oleh manusia tirai biru ini, namun di luar langit tidak dilihatnya Tuhan! Dalam hati manusia, apalagi yang ada kecuali berbagai-bagai fikiran, yang satu timbul dan yang lainnya tenggelam? Jiwanya berehat dalam sesuatu yang nyata pada indera, ia berharap zaman purba kembali semula. Terima kasih, hai Eropah, yang mengenali Timur, berkat engkaulah kami keluar lagi dari peti mati! Hai para idola purba, telah datang, telah datang zaman kita!

Cincin wasiat bermeterai Tauhid telah rosak, umat Ibrahim telah kehilangan hasrat yang kadim akan ilahi, kata-kata mereka telah kacau, piala mereka yang dulu digenggam oleh umat yang mabuk anggur Jibrail, kini telah rosak. Manusia merdeka telah terjerat dalam labirin kekinian, ditambatkan dirinya kepada "negeri" dan dilepaskan dirinya daripada Tuhan. Darahnya kini membeku kerana merenung keagungan purba, dan khadam tanah suci pun telah menggunakan zonnar. Hai rakan-rakan para idola purba, telah datang, telah datang zaman kita!

Hari-hari penuh kenikmatan telah datang lagi di muka bumi, agama telah dihancurkan oleh kerajaan dan rasisme. Mengapa engkau masih takut juga akan lampu Muhammad, kerana seratus Abu Lahab sudah siap meniupnya padam? Meskipun masih ada seruan La ilaha Illallah, apabila tidak berakar di dalam hati, bagaimana akan bersemayam di bibir? Sihir Barat telah menghidupkan kembali Ahriman, siang hari Tuhan telah gelap bagai malam. Hai para berhala purba telah datang, telah datang zaman kita!

Campakkanlah rantai agama dari leher kita. Hamba kita adalah hamba yang bebas, dan supaya berat bagi mereka melaksanakan solat lima waktu, kita hanya menuntut solat satu rakaat tanpa rukuk dan sujud. Dengan bunyi-bunyianlah bangkit kebahagiaan; dan apa nikmatnya sembahyang tanpa nyanyian? Idola, yang menjelma yang ditangkap berbagai-bagai indera, jauh lebih baik daripada Tuhan Yang Maha Ghaib. Hai dewa-dewa purba, telah datang, telah datang zaman kita!

~ Mohammad Iqbal

#benar-benar ia telah datang, inilah zamannya, dan kita berada di zamannya

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ® melalui peranti tanpa wayar Celcom

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top