ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Warkah BABI Buat Umat Manusia Suci

::Warkah BABI buat umat manusia Suci::

::Salam untuk kamu manusia suci.
Maaf warkah ini tak diundang.
Datang bertanya maksud dalam hati.
Ringkas sekali:
...
Adakah kitab sucimu mengajarkan supaya aku,
kumpulan babi wajib dihina dan dicaci.
Jika ada sila nyatakan.
Kami,
Pasrah terima dengan rela hati,
Menjadi babi untuk dibenci
Kejilah sepuas hati
Hai, seluruh manusia suci
Bukanlah kehendak kami
Lahir jadi babi

Mana hujahmu
Ayuh, nyatakan dalilnya..gagal maka
Izinkanku berdoa pada Tuhanku jua Tuhanmu
Supaya seluruh manusia suci
Yang menghina kerabat babiku
Akan serupa sama seperti babi
Hidupnya tak ubah seperti babi,
Matinya jadi, jadilah seperti babi.
Adakah perjanjian ini adil…
Hai, manusia suci sedarlah kamu
Bahawa aku juga seperti kamu
Mengimpikan yang terbaik
Untuk hidup ini.
Aku juga mahu dilayan seperti kamu
Punya hak yang perlu ditunaikan
Punya martabat yang perlu kau hormatkan
Aku juga berharap punya hidung secantik kamu
Warkah kedua menyusul
Setelah manusia suci menjawab soalan pertama
Adakah kitab sucimu mengajarkan hina dan caci babi,
Apakah nabimu mengajarkan
Adakah dalil penghinaan suruhan Illahi
Atau ikutan hawa nafsu duniawimu
Ikut-ikutan kerna sekutumu membenci
Adakah qolbumu suci
Adakah kau dijamin syurgawi
Adakah kau terlalu suci untuk menghakimi
Sila buktikan dalil menurut kitab sucimu
Awas, warkah kedua akan menyusul

Tapi,
Jawab guna mata hati
Kerana mata kepalamu buta
Ada akal tapi bebal
Kerana akalmu terlalu dangkal
Baik lagi jadi babi
Makan hidup mati
Ada hati mati
Sekian sama-sama kasih::

~ DON

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top