ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

20 Perkara Membatalkan Syahadah

*20 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH*

1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah.

4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah.

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya.

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.

7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya.

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul.

9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin.

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulallah S.A.W.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetangah orang melalui ilham.

16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya.

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulallah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat-sifat yang diberikan Allah kepada baginda.

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berpeang dengan mereka.

19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah.

20. Syirik kepada Allah.

Disediakan oleh : Unit Aqidah dan Syariah
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang

Dihantar melalui peranti BlackBerry milik sementara 'saya' di dunia ® melalui peranti tanpa wayar Celcom

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top