ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bila Lihat Bendera Berkibar, Hatiku Sakit - Mohamed Hamzah

::BILA lihat bendera berkibar, hatiku sakit::

SEBAIK sahaja selesai membaca kenyataan di bawah ini, apa yang dapat anda rasakan:

"Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit... tidak mengapa satu hari nanti orang akan tahu siapa penciptanya," demikian luahan pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah semasa hayatnya kepada adiknya, Abu Bakar.

Abu Bakar, 77, berkata, biarpun abangnya yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor disahkan sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun tiada pengiktirafan dan anugerah dikurnia, apatah lagi royalti.

Begitulah alkisahnya sepertimana yang dilaporkan dek akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa beliau (arwah)disahkan sebagai pencipta 'Jalur Gemilang' tanpa pengiktirafan, tanpa ada satupun anugerah diberi kurnia, royalti juga tidak diberi! Apa sudah jadi dengan negara ini gamaknya.

Senarai nama artis berderet-deret menerima anugerah dengan sumbangan yang entah apa-apa entah, sebaliknya pencipta yang menghantar empat (4) reka bentuk bendera pada tarikh 13 Ogos 1949 baharu disahkan sebagai pencipta pada tahun 2005!

Entah berapa banyak penama yang tidak layak tetapi menerima anugerah sebagai Orang Bergelar? Astaghfirullah, apa hendak jadi dengan negara ini. Shah Rukh Khan dapat pula gelaran 'Datuk'. Inilah masalah orang 'kita'. Maka tak salahlah seloka 'Emak Si Randang', sesuai sangat ditujukan buat pihak yang TIDAK mengambil berat hal yang dibilang remeh-temeh ini.

~ SELOKA EMAK SI RANDANG ~

Baik budi emak si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis, padi tak jadi.

Ulang kembali kata-kata arwah Mohamed bin Hamzah,

"Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit."

Sekali lagi,

"Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit."

Apa lagi?

"Janji Ditepati"

Apa yang tepat?

Sekian. Harap maklum.

~ A.A
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments :

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam perkenalan,

benarlah seharusnya mereka yang telah menabur jasa diberi pengiktirafan yg selayaknya...

salam perkenalan tuan rumah...kenapa mesti nama 'pujangga gila'?hamba juga gila...juga suka berpujangga...jemput singgah ke selendang kuning kiranya...:)

Ampuan Awang said...

Salam kenal jua,

Orang kata

"Ada apa pada nama."

Saya kata

"Ada. 'Tanpa nama' jugapun adalah sebuah nama."

Orang yang berkenaan angin tiba-tiba.

Ada masa nanti akan saya intai kesana, insya-ALLAH

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya benar,setiap benda pasti bernama...walaupun kita gelarkan ia anon...benar kan?hehe...saya masih baru di blog ini,rasanya masih banyak yang perlu dibaca..bahasanya juga indah,mmg buat sy rasa nak belek satu persatu...:)

ps:hmm,wajah anda hampir serupa dengan bekas guru batik sy...hmm...ya,hampir...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top