ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kisah Seorang Rabbi (Hofetz Chaim)

Seabad nan lalu
seorang pelancong dari Amerika
datang mengunjungi seorang rabbi
nan tersohor di Polandia
Hofetz Chaim namanya.

Sang pelancong kehairanan nan amat
saat melihat bahawa rumah rabbi
nan dikunjunginya hanyalah
sebuah ruang nan sederhana
nan penuh dengan buku-buku.
Sementara perabotnya hanya
sekadar meja dan bangku
sahaja.

Sang pelancong bertanya,

"Rabbi, di manakah lagi
perabotmu yang lain?"

Hofetz membalas pertanyaan
dengan pertanyaan,

"Di mana kepunyaanmu?"

Sang pelancong kebingungan,

"Kepunyaanku? Aduh, bukankah
aku ini tetamumu di sini? Aku
sekadar datang menziarahimu."

Balas rabbi,

"Demikian jugalah dengan aku."

Semakin faham mendalam
akan kehidupan seseorang,
maka semakin sederhana
akan penampilan dirinya.

Tetapi sayang, hidup bersederhana
tidak selalunya juga membawa
kedalaman kepada seseorang.

##AA melalui kisah seorang Orang Putih berbangsa Latin (terlupa nama, akan diingat kembali nanti)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top