ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ketika Cemas Manusia Tidak Berdengki Lagi

::DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani::

Barang siapa bergantung nasib kepada taqlid buta nescaya musnahlah dia sama sekali. Ya Tuhan! Tetapkanlah kami di atas rencana istiqamah dan lindungilah kami pada hari kiamat; dan ringankanlah pikulan dosa dan berikanlah kepada kami penghidupan orang-orang yang berjasa.

~ Imam Al-Ghazali

Kebanyakan kita tidak begitu ingat kepada tokoh-tokoh 'ulama yang berjasa kepada umat dan telah banyak meninggalkan berbagai-bagai khazanah 'ilmu dan hikmah yang mereka perah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Di antara tokoh 'ulama-'ulama yang jarang diambil perhatian oleh orang yang mengaku moden hari ini ialah Imam al-Ghazali rahmatullah alaihi. Sebenarnya imam al-Ghazali bukan sahaja seorang ahli sufi tetapi beliau sekaligus dikenal sebagai seorang ahli politik.

Jadi dalam ruangan ini saya ingin mengajak para 'ulama kita, kalau hendak berpolitik, maka ikutilah cara Imam al-Ghazali berpolitik. Sebagai permulaan saya petik dahulu beberapa kata-kata sakti Imam al-Ghazali rahmatullah alaihi untuk renungan kita bersama. Keluaran akan datang kita sambung lagi dengan perkara yang lebih menarik dan baik daripada 'POLEMIK' yang makin menyuburkan mazmumah!

Di antara kata-kata sakti Imam al-Ghazali ialah seperti berikut:

1. Orang yang TIDAK meragui sesuatu tidak akan memerhati; barangsiapa TIDAK memerhati sudah tentu tidak melihat; dan barangsiapa yang TIDAK melihat, nescaya kekal di dalam keadaan buta dan kesesatan.

2. Barangsiapa bergantung nasib kepada taqlid buta, nescaya musnahlah sama sekali.

3. Semua orang musnah belaka melainkan orang yang berilmu; dan semua orang berilmu akan musnah belaka melainkan yang jujur dan ikhlas.

4. Apa jua 'ilmu yang TIDAK disertai oleh ketenteraman, bukanlah 'ilmu yang pasti.

5. Barangsiapa yang tidak mengenal dirinya, tidaklah mengenal Tuhannya.

6. Kebahagiaan itu wujud pada diri orang yang memiliki dirinya; dan kemeranaan itu wujud pada diri orang yang dimiliki oleh dirinya.

7. Bukanlah wara' itu bertanda di dahi yang kedut; bukan juga di pipi yang luntur; bukan juga di buntut yang kecut; akan tetapi wara' itu berada di dalam hati. Adapun orang yang anda temuinya dengan wajah yang gembira tetapi dibalasnya dengan muka masam, mendabik dada engan 'ilmunya maka semoga Allah TIDAK membanyakkan orang seperti itu di kalangan umat Islam.

8. Angkatan syaitan itu berduyun-duyun; dan bagi setiap maksiat itu ADA syaitan yang khusus baginya menyeru ke arah itu.

9. Niat itu JIWA segala 'amalan.

10. Sesuatu yang harus (MUBAH) itu boleh berubah menjadi lebih baik dari ibadat jika terdapat niat yang suci padanya.

11. Iman itu ialah menutur dengan lidah, mentasdikkan dengan sanubari dan beramal dengan syarat rukun.

12. Ilmu tanpa 'amal adalah suatu kegilaan dan 'amal tanpa 'ilmu suatu kesia-siaan.

13. Setiap bidang 'ilmu itu ADA tokoh-tokohnya.

14. Ubat kelat dan penawar itu berbeza menurut jenis penyakit; betapa banyak ubat yang mujarab bagi seorang pesakit tetapi merbahaya bagi pesakit yang lain.

15. Bilakah bayang itu lurus bila lidinya bengkok.

16. Ketika kecemasan TERLUPALAH kedengkian.

17. Jika anda bergaduh hendaklah anda merendahkan diri.

18. Ya Tuhan! Tetapkanlah kami di atas rencana istiqamah dan lindungilah kami pada hari kiamat; dan ringankanlah pikulan dosa dan berikanlah kepada kami penghidupan orang-orang yang berjasa.

Di antara doa Imam al-Ghazali ialah:

"Ya Tuhan! Bertindaklah untuk kami dan bukan ke atas kami; Ya Tuhan tamatkanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan tambahkanlah tercapainya hasrat kami dan sertakanlah 'afiiat sepanjang pagi dan petang kami."

"Jadikanlah kesudahan serta hasrat kami yang tertumpu kepada rahmat belas kasihanmu; curahkanlah keampunanmu kepada dosa-dosa kami; anugerahkanlah kepada kami pembetulan kekurangan kami; jadikanlah taqwa itu bekalan kami dan jadikanlah bagi kami ijtihad pada agama kami; dan kepada-Mulah kami bertawakal dan bergantung."

##W.A.T.A.N [Jul 88]

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top