ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kenang-kenangan Akhir Kehidupanku - Surat Saudaraku Mu'ummar Gaddafi

#Senandung Melankolik Qaddafi tanpa tapisan (Pemimpin Revolusi Ditumbangkan Revolusi)

Kenang-kenangan Akhir Kehidupanku: Kol. Mu'ummar Qaddafi, Pemimpin Revolusi. 8 April, 2011.

April 09, 2011 "ICH" --

::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani::

Selama 40 tahun genap, atau mungkin ia lebih panjang, tiada mampu untuk kuingati, telah kuberikan segalanya menurut kemampuan negara kepada sekalian rakyatku, hospital-hospital, sekolah-sekolah, dan apabila mereka lapar, aku memberi mereka makanan, telah kualirkan perubahan ke atas Benghazi menjadi tanah ladang di gurun, aku bagaikan telah alah kepada serangan-serangan dari seorang koboi yang bernama Reagan, sebenarnya ketika dia (Reagan) membunuh anak perempuan angkatku itu, dia (Reagan) sememangnya cuba membunuhku, namun sebaliknya dia (Reagan) telah membunuh seorang anak miskin yang tidak berdosa, maka aku kemudiannya membantu adik-beradik lelaki ku dan adik-beradik perempuan ku dari Afrika dengan wang untuk Kesatuan Afrika, segalanya kulakukan demi membantu semua orang dalam memahami konsep demokrasi sebenar, dan bagaimana barisan kepimpinan negara bertindak memajukan negara kami, namun ia tidak pernah mencukupi, pernah ada insan menyampaikan sesuatu kepadaku , seandainya mereka diberikan sebuah rumah 10 bilik, siap dilengkapi sut baharu dan perabot, keinginan mereka itu takkan pernah 'kan dapat dipuaskan, sikap terlalu pentingkan diri sendiri asyik meminta lebih, dan kemudian mereka telah berpakat dengan memberitahu rakyat Amerika dan warga lain, mereka kata mereka mahukan "demokrasi," dan "kebebasan," malangnya mereka tidak pernah menyedari bahawa itu suatu pertanda amaran, di mana sang anjing pasti akan membaham umpan besar, tetapi mereka tetap jua terpesona dengan kata-kata manis yang mereka ucapkan, mereka tiada pernah menyedari bahawa di Amerika, tiada ada ubat-ubatan percuma, tiada hospital-hospital percuma, tiada perumahan percuma, tiada pendidikan percuma dan tiada makanan percuma, kecuali ketika orang terpaksa meminta atau pergi berbaris panjang untuk mendapatkan semangkuk sup, tidak, tidak kira apa yang telah aku lakukan, ia tidak pernah mencukupi, melainkan sedikit yang merasa begitu, mereka tahu bahawa aku ini adalah anak lelaki kepada Gamal Abdel Nasser, satu-satunya warga Arab yang benar dan pemimpin Islam seperti Salahuddin, apabila dia menuntut Terusan Suez untuk rakyatnya, dan ketika aku mempertahankan Libya, demi rakyatku, aku sebenarnya cuba mengikuti jejak langkahnya, untuk terus membebaskan rakyat daripada penjajahan kolonial yang mahu merampas dan mencuri segala hasil negeri kami ini-

Sekarang, aku diserang oleh kuasa terbesar dalam sejarah ketenteraan, seorang anak lelaki Afrika kecilku, Obama mahu membunuhku, dan telah cuba membawa kebebasan pergi dari negeri kami, bagai mahu membawa pulang deretan perumahan percuma kami, ubat percuma kami, pendidikan percuma kami, makanan percuma kami , dan menggantikannya dengan perompakan ala Amerika, iaitu dengan memanggil cukong "kapitalisme," tapi kami semua dalam Dunia Ketiga tahu sesuatu di sebalik perkara ini, ia akan menguntungkan syarikat-syarikat besar dunia dan orang akan ramai yang menderita, jadi, aku tidak ada pilihan lain, aku mesti teguhkan pendirianku, dan jika Allah merestui, aku akan mati dengan mengikuti laluannya, iaitu laluan yang telah membuatkan negara kami kaya dengan tanah ladang, dengan makanan dan kesihatan, malah membenarkan kami membantu adik-beradik lelaki Afrika kami dan bangsa Arab dan saudara perempuan yang bekerja berada di sini dengan kami, di dalam 'Libyan Jammohouriyah'.

Aku seperti tidak mahu mati, tetapi jika ia datang demi menyelamatkan tanah ini, rakyatku, beribu-ribu orang yang kuanggap bagai anak-anakku, maka biarkan begitu.

Biarkan bukti ini menjadi suaraku kepada dunia, bahawa aku tetap akan bertahan atas serangan yang dilancarkan oleh NATO (No Action Talk Only), bertahan atas kekejaman, bertahan atas pengkhianatan, bertahan ke atas barat dan cita-cita sekalian penjajah , dan aku berdiri bersama adik-beradik lelaki Afrika ku, saudara Arab ku dan adik-beradik lelaki seaqidah denganku, ketika satu suar cahaya, apabila orang lain membina kastil-kastil, aku tinggal di satu rumah yang sederhana , dan dalam sebuah khemah, aku tidak pernah melupakan para pemudaku di Sirte, dan tidak aku belanjakan perbendaharaan negara kami secara membuta tuli, dan seperti Salahuddin, pemimpin agung kamu, yang telah membebaskan Baitulmuqaddis untuk Islam, dan aku mengambil sedikit pengajaran daripadanya

Di barat, sebilangan orang memanggil aku dengan panggilan "tidak siuman," "gila," tetapi mereka tahu perkara sebenar namun terus berbohong, mereka tahu bahawa tanah kami bebas dan merdeka, tidak berada di dalam cengkaman penjajahan, itulah visiku, laluan perjalananku, dan kini segala telah menjadi jelas untuk rakyatku dan demi hal itu aku akan terus berjuang sehingga ke nafas terakhirku teruntuk negeriku ini, semoga Allah yang Maha Kuasa membantu kami kekal beriman dan bebas merdeka.

c: Kol. Mu'ummar Qaddafi, 4.5.11
Hak Cipta Kol. Mu'ummar Qaddafi

#dari fail sulit simpananku: AA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top