ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Haramkah Seni Dalam Islam?


HARAMKAH SENI DALAM ISLAM (?)
Oleh: .........anonim?

Kota Kinabalu 18 Feb – Disebabkan seni, dermasiswa tidak diberi. Begitulah nasib pelajar-pelajar Seni Kreatif Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang belajar ilmu penulisan, tarian dan lakonan.

“Dalam Islam tiada seni. Dalam Islam perempuan tidak boleh menari. Perempuan itu aurat. Dalam Islam tiada dunia lakonan. Berlakon untuk apa? Haram hukumnya belajar sesuatu ilmu yang membawa maksiat seperti pergaulan antara lelaki dan wanita dalam bidang tarian dan lakonan.”. Sejauh manakah fakta ini benar? Fahaman Islam di Sabah berbezakah dengan fahaman Islam di Kelantan. Benar atau tidak? Belajar tarian dan lakonan merupakan satu dosa? Benarkah penyataan ini?

Inilah dakwaan yang dibuat oleh seorang hamba yang bertugas di Bahagian Zakat dan Fitrah dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang bernama Ustaz A dan Ustaz B. Menurut Ustaz A lagi, mereka tidak boleh mendermakan wang zakat tersebut kepada pelajar-pelajar seni kerana bertentangan dengan dasar-dasar yang telah digubal mereka. Adakah dasar-dasar yang mereka gubal itu berdasarkan al-Quran? Surah apakah yang menyatakan bahawa pelajar Seni Kreatif tidak layak diberi wang zakat?

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Surah at-Taubah : 60

Tambahnya lagi (Ustaz A), mereka tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan bantuan zakat tersebut kerana itu di luar bidang kuasa mereka. Kelulusan bantuan zakat tersebut dilakukan oleh Mufti Sabah. Pelajar berkenaan keliru dengan penyataan yang diterangkan oleh Ustaz tadi. Pelbagai fakta telah diputarbelitkan. Fakta pertama mengenai dasar-dasar yang telah digubal oleh mereka dan fakta kedua diputarbelitkan yang kononnya kelulusan tersebut terletak pada tangan Mufti Sabah.

Kenyataan dibuat ketika pelajar dalam bidang Seni Kreatif membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan dermasiswa dari Bahagian Zakat dan Fitrah tetapi ditolak mentah-mentah oleh Ustaz B. Penolakan dermasiswa zakat tersebut dengan alasan belajar sesuatu ilmu yang bertentangan dengan agama. Pelbagai cacian dan tohmahan dilemparkan kepada pelajar tersebut hanya kerana dia seorang pelajar seni.

Inilah pandangan manusia-manusia yang berpegang pada syariat. Tetapi adakah logik dan bernasnya mereka melakukan tindakan tersebut. Wajarkah mereka memandang hina terhadap ketentuan Allah. Pelajar tersebut merupakan salah seorang pelajar cemerlang STPM 2009 di sekolahnya dan pernah mendapat anugerah khas Tokoh Pelajar dari Pengetua Cemerlang SMK Kunak, Sabah. Dengan keputusan yang cemerlang, pelajar tersebut berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang pendidikan yang lebih menjadi masa depannya. Kehendaknya juga ingin lahir dari golongan alim ulama yang kaya raya, tetapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang ditentukan untuk hambanya.

Pelajar tersebut juga percaya akan Qada dan Qadar Allah untuknya di SPS. Menurutnya lagi dia akan mengembangkan bakatnya dalam bidang penulisan di sekolahnya. Ketahuilah bahawa manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan dan ketentuan-Nya itu adalah yang terbaik untuk hambanya. Pelajar itu yakin akan ketentuan-Nya itu adalah yang terbaik untuknya. Wajarkah mereka menyalahkan pelajar tersebut kerana dia ditempatkan di Sekolah Pengajian Seni (SPS). Ini bermakna mereka memandang hina terhadap ketentuan Allah. Mereka mencaci ciptaan Allah, mereka menyalahkan takdir Allah. Betapa sombongnya manusia pada kedudukan mereka.

Namun dalam masa yang sama, mereka juga menerima wang zakat daripada tenaga pengajar Sekolah Pengajian Seni (SPS). Terutamanya cikgu-cikgu yang mengajar Seni Kreatif. Tetapi mengapa mereka tidak boleh mendermakan wang zakat tersebut kepada pelajar-pelajar Seni Kreatif. Bukankah sepatutnya zakat mereka juga TIDAK boleh diterima kerana mereka mengajar maksiat. Mereka hanya menerima tetapi tidak menderma kepada golongan yang sama. Kawan kepada pelajar tersebut yang berasal daripada negeri Kelantan telah diluluskan dermasiswa mereka, walhal mereka dalam bidang yang sama. Renung-renungkanlah!

Sekiranya Seni Kreatif itu merupakan maksiat, ini bermakna SPS tersebut merupakan Pusat Pengajian Maksiat, Dekan Maksiat, Universiti Maksiat, TYT Maksiat dan negeri Sabah ini juga merupakan negeri maksiat. Hal ini kerana, semua perkara merupakan kelulusan daripada Tuan Yang Terutama negeri Sabah, Yun Datuk Juhar Mahiruddin. Mengapa Tun membenarkan wujudnya SPS sekiranya apa yang diajar tersebut merupakan haram dan maksiat. Ini bermakna Tun membenarkan berlakunya maksiat. Renung-renungkanlah hamba-hamba yang bebas dari dosa-dosa.

Namun demikian fikir-fikirkanlah seorang pelacur yang masuk syurga kerana sekadar memberi minum kepada seekor anjing, seorang hamba yang pernah membunuh manusia 100 orang dijamin masuk ke syurga, seorang nabi yang membunuh kanak-kanak yang sedang dalam surah al-Kahfi iaitu peristiwa Nabi Khidir dan Nabi Musa (ayat 60 – 82) dan banyak lagi perbuatan-perbuatan manusia yang dianggap berdosa pada pandangan manusia tetapi tidak pada Allah. Bukankah Allah itu mencipta sesuatu dengan tidak sia-sia dan setiap apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan kehendak-Nya.

Pelajar tersebut mencadangkan kepada petugas di Bahagian Zakat dan Fitrah untuk tidak menerima wang zakat apa pun daripada tenaga pengajar Seni Kreatif kerana mereka mengajar ilmu maksiat. Selain itu, wajarlah sekiranya, Sekolah Pengajian Seni ini ditutup dengan rasminya kerana pusat maksiat. Dalam masa yang sama menubuhkan Sekolah Pengajian Islam. Cuba renung-renungkan nasib anda sekiranya anda berada di tempat pelajar tersebut yang ditolak dermasiswanya kerana dia belajar sesuatu yang bertentangan dengan agama iaitu penulisan, lakonan dan tarian.

Adakah syurga itu terletak pada manusia-manusia yang tidak pernah berdosa seperti para imam, ustaz, ustazah, bilal atau mufti sahaja? Adakah mereka ini manusia yang terlepas dari dosa? Berhakkah manusia menilai manusia lain? Siapa kita untuk menilai atau menghakimi setiap perbuatan manusia itu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.”

(Hadith riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Adakah syurga itu hanya untuk golongan ustaz, ustazah, imam, bilal atau mufti sahaja? Renung-renungkanlah kisah-kisah di atas para nabi di atas. Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui kerana Dialah yang lebih berhak menilai setiap perbuatan hambanya. Wallahu ‘alam.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top