ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pantai Manis yang ada kini tidaklah semanis namanya


PANTAI MANIS, kini telah kehilangan manisnya - malah rasanya tawar tanpa gula. Dahulu, sambutan hari kemerdekaan pernah diadakan di sini. Meriah. Kini? Ombak sekadar menyapa beting pasir, dan tembok ala-ala tembok Berlin terbina sebaris panjang menyusuri pantai hilang manis ini. Ada lagikah pengunjung? Ada. Kamilah orangnya. Selain kami hanya nelayan, dan lembu-lembu entah milik siapa tuannya siapa. Barangkali tuannya berada di Kuala Lumpur. Gamaknyalah!

P/S: Kerana CUKONG telah datang menambak tanah demi mendirikan sebuah hotel besar di wilayah situ. Akibatnya? Akibat kerja tambak-menambak inilah yang telah mengubah pergerakan air laut, dan akhirnya sebahagian besar tenaga ombak tadi telah beransur menghempas pantai lain termasuklah Pantai Manis. Apakah nasib Pantai Manis selepas ini? Pemandangan yang cantik dan menarik hati ini telah dirampas secara semulajadi, asbab pembinaan hotel bertambak di pinggir laut Kota Kinabalu itu.

1 comments :

Jamal Ali said...

Kerana durja manusia yang suka berdurja mencari harta, alam yang tak bermaya menjadi mangsa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top