ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

O Jubah Mahamewahku, Makanlah!


~ O Jubah Mahamewahku, Makanlah! ~

Seorang sufi, suatu hari dijemput menghadirkan diri ke majlis perkahwinan. Dengan berbesar hati beliau menerima jemputan tersebut, lalu pergilah beliau dengan sepasang persalinan mahajelek dan mahaburuk. Setibanya beliau di majlis walimatulurus, sungguh tidak ada seorang pun yang menyambut kedatangan beliau, memandang pun tidak; apatah lagi mahu menoleh, pun tidak.

Sang sufi melihat situasi ini sungguh memprihatinkan, ternyata timbul kurang rasa senang kerana dirinya dijemput, dan orang yang dijemput wajar diberikan hak, iaitu layanan yang baik daripada empunya majlis. Dengan kadar segera beliau pulang ke rumah, dilepaskan persalinan mahajelek dan mahaburuk di mata orang itu dengan sepasang persalinan yang mahabaik dan mahacantik iaitu jubah mahamahal. Kemudian, bersegeralah beliau kembali ke sana.

Kali ini, setibanya sang sufi menginjakkan kaki tepat di muka pintu, sekalian orang memandang dan meneliti akan dirinya dari atas ke bawah. Jubah mahamahal, kata mereka. Maka segeralah mereka menyambutnya dengan puja-puji hormat segala, dan diberikan pula tempat duduk di meja orang-orang kenamaan di mana di atas meja itulah segala macam makanan yang mahal dan enak disajikan.

Entah macam mana, tiba-tiba sang sufi berlanggar fi'il. Beliau membuka persalinan mahabaik dan mahacantik, jubah mahamahalnya dan berkatalah ia tiba-tiba padanya,

"Nah makanlah, wahai tuan yang mahahormat juga mahamewah."

Orang-orang yang berada di sekelilingnya bingung, tingkahnya aneh, lalu bertanyalah mereka,

"O sang sufi yang kami jemput, apakah sebab jubahmu kauperlakukan ia begitu?"

Beliau menjawab pantas,

"Sebaiknya aku memberitahu kamu awal-awal bahawa jubah mahamewahku ini mengetahui segala yang tidak kalian ketahui sekali-kali, dan aku rasa dia lebih layak mendapat makanan daripada aku. Sebab segala rasa hormat kalian tadi tertuju padanya, bukan pada diriku!"

Senyap. Tiada suara lagi kedengaran. Ada yang tersedak ayam belanda; ada yang rasa pedas tergigit lada.

## A.A

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top