ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

DUA KEPALA: Otak dan Lutut

DUA KEPALA: Otak dan Lutut

SEORANG pemuda sedang berhadapan dengan seorang pemuda yang gemar mengajukan soalan mengguna pakai teori-mori logik yang tidak masuk dek akal sihat. Sebelum menjawab, agak lama pemuda ini diam. Fikirannya gentayangan sehingga ia berjaya melahirkan dua watak saat ketidaksadarannya itu, iaitu watak Kepala Otak dan Kepala Lutut.

Kepala Otak mengesyorkan supaya sang pemuda memilihnya demi menjawab segala teori-mori pemuda teori logik, kata Kepala Otak,

"Kau berilah aku peluang menjawab soalan itu. Aku pasti akan dapat menjawabnya dengan mudah, lengkap dengan hujah dan dalil-dalil yang tepat dan berasas! Berilah aku peluang ya ..." Kepala Otak merayu sang pemuda, ritma suaranya beralun; Kepala Otak termenangis.

Sang pemuda masih diam. Tampak seperti tugu batu pula gayanya tegak berdiri. Entah tak semena-mena terpandanglah ia akan rupa Kepala Lutut yang kelihatan bagai kepala berduka di tiga ratus enam puluh darjah dalam dirinya. Terdetik di hati sang pemuda bertanya,

"Kaumuram? Apakah masalahmu, Kepala Lutut?"

Balas Kepala Lutut,

"Tidak ada apa-apa. Cuma aku berasa hairan, atas sebab apa kauharus berpening kepala nak menjawab persoalan yang ditimbulkan dek pemuda teori-mori, sedangkan kausendiri tahu akan tabiatnya yang suka menguji-uji orang? Kalau kauteruskan debat ini, aku rasa kaulah manusia dungu yang sengaja mahu didungukan oleh orang dungu. Dan satu lagi, biarkan saja Kepala Otak menangis, berikan dia kerehatan yang secukupnya, ada banyak lagi perkara yang lebih penting dibanding hal ranting ini. Elok kauturun aku. Biar aku menjawab soalan pemuda itu tadi dengan jawapan berdasarkan teori-morinya, namun jawapan itu sesuailah ia dengan fikrahku sebagai Kepala Lutut. Apa katamu, sahabat? Mahukah kau terima, atau kautetap mahu berdebat demi memuaskan hati sendiri?" kata Kepala Lutut panjang lebar.

"Errrr...." sang pemuda tiada terbalas kata-kata kepala lutut tetapi pada akhirnya terpacul jua jawapan,

"Baiklah Kepala Lutut, aku serahkan kepada kaulah ya."

Kepala Lutut tersenyum, sementara Kepala Otak kembali membaringkan dirinya yang letih sehari suntuk berfikir demi kemaslahatan umat manusia konon-kononnya.

~ Matthew Farrell AbuLaya

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top