ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tahun Laparkan DARAH (13 Mei 1969)


Tahun Laparkan Darah

SEBELUM api itu marak membakar
Sebenarnya api telah membakar diri
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Tumpah merah di atas tanah selaut darah;
Sungguh saat itu lemah bagai tiada kahar
Kahar yang ada telah siap dikafani
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Tumpah merah darah bak diharung bah;
Mei tiga belas sudah tiada pugar
Ubat tiada jadi gering tak mati-mati
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Tidak ada lain hanya darah di mata darah;
Enam puluh sembilan tahun lapar
Pecah belah bangsa tiada satu hati
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Warna lain bagai tiada, semata-mata hanya darah;
Nah! Saat ini saat menunjuk dada lebar
Nah! Mana kahar sembunyi di dalam peti
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Tumpah darah milik siapa di atas tanah;
Wah, enak benar menghisap 'Cigar'
Dalam rumah agammu jelas tiada api
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Senang diri dirinya di orang lain susah;
Nah! Ambil candu ini, bakar
Politik bagai kepayang mabuk todi
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Uras telah jadi racun di pembuluh darah;
Bila hendak berkisah tentang onar
Yalah, pejuang benar kekal berdiri
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Mendengar khabarpun teramatlah indah;
Bila hendak berkisah tentang onar
Yalah, selepasnya khabar bersatu hati
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Bentar bersatu kini kembali pecah;
Bila hendak berkisah tentang onar
Yalah, selepasnya laporan ramai mati
Malang sekali mata menyaksikan tidak
Hingga kini bangsa kekal di aras bawah!

~ Ampuan Awang a.k.a A. Alonglonglah a.k.a IkutSukaApaNamaKumahu

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top