ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Konspirasi Di Sebalik Kematian Abraham Lincoln dan John F. Kennedy


KEBETULAN? Manakan ada kebetulan tanpa izin Tuhan.
Olehlahan: S. Kerawang Mas

Sukakan konspirasi (orang kita memang gemarkan konspirasi)? Marilah bersama-sama kita mengimbau kembali lipatan sejarah zaman yang tiada pertalian langsung dengan negara kita yang bertuah ini (tetapi malang, ada juga tangan-tangan hitam ghaib yang mahu negara ini porak-peranda, sungguhlah celaka tangan-tangan ghaib itu).

Lihat apa yang terjadi usai presiden terpilih menjadi presiden tamat riwayat di negara Amerika pada tahun yang berakhir dengan angka '0'. Dan jarak kematian mereka pula selang 20 tahun. Kebetulan? Maha Suci Tuhan yang lebih tahu akan segala sesuatu.

Kebetulankah?

1840: William Henry Harrison (mati di pejabat)
1860: Abraham Lincoln (mati dibunuh)
1880: James A. Garfield (mati dibunuh)
1900: William McKinley (mati dibunuh)
1920: Warren G. Harding (mati di pejabat)
1940: Franklin D. Roosevelt (mati di pejabat)
1960: John F. Kennedy (mati dibunuh)
1980: Ronald Reagan (terselamat dari dibunuh pada tahun ini)
2000: George W. Bush (umurnya dipanjangkan Tuhan tapi bala taufan tetap datang membunuh insan lain pula, sebagai pengganti dirinya? Barrack Obama bila agaknya?)

Hendakkan konspirasi lagi? Mampukah tokoh sejarahwan menghurai panjang akan kebetulan ini?

1. Abraham Lincoln: Terpilih untuk menjadi ahli kongres pada tahun 1846.

2. John F. Kennedy: Terpilih menjadi ahli kongres pada tahun 1946.

3. Abraham Lincoln: Terpilih untuk menjadi presiden pada tahun 1860.

4. John F. Kennedy: Terpilih untuk menjadi presiden pada tahun 1960.

* Kedua-dua individu VVIP ini kuat memperjuangkan hak asasi manusia (hak sivil?)

* Kedua-dua individu VVIP ini kehilangan anak mereka sewaktu berada di Rumah Putih (eh, mati?)

* Kedua-dua individu VVIP ini mati ditembak pada hari jumaat.

* Kedua-dua individu VVIP ini mati ditembak tepat di kepala.

Marilah kita bersama-sama memeningkan kepala yang tak pening.

1. Setiausaha Lincoln namanya Kennedy.

2. Setiausaha Kennedy namanya Lincoln.

* Kedua-dua individu VVIP ini mati dibunuh dek orang selatan negara berkenaan (Amerika).

* Kedua-dua individu VVIP ini digantikan dek orang selatan negara berkenan (Amerika) yang berakhir dengan nama Johnson.

1. Andrew Johnson, insan yang menggantikan Lincoln, lahir pada tahun 1808.

2. Lyndon B. Johnson, insan yang mengantikan Kennedy, lahir pada tahun 1908.

3. Pembunuh Lincoln, iaitu John Wilkes Booth lahir pada tahun 1839.

4. Dan Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy, lahir pada tahun 1939.

* Kedua-dua pembunuh ini memiliki tiga nama (John Wilkes Booth, Lee Harvey Oswald)

* Nama kedua-dua pembunuh berjumlah 15 huruf kesemuanya.

Baca seteliti-telitinya.

1. Abraham Lincoln ditembak mati di sebuah panggung bernama 'Ford'

2. John F. Kennedy pula mati ditembak dalam (?) kereta yang diberi nama 'Lincoln' buatan 'Ford'.

Sebaik sahaja menembak Abraham Lincoln, pembunuhnya melarikan diri masuk ke sebuah gudang (pusat beli belah gamaknya?)

Sementara itu, John F. Kennedy mati ditembak dari arah gudang, dan pembunuhnya melarikan diri bersembunyi di dalam sebuah panggung.

Ini yang paling menarik. Kedua-dua pembunuh presiden ini mati dibunuh sebelum perbicaraan. Konspirasi lagi, dan undang-undang di sana (Amerika) pun tak telus juga.

Terpaling menarik (baca elok-elok)

1. Seminggu sebelum Lincoln dibunuh, kononnya dia berada di Monroe, Maryland.

2. Seminggu sebelum Kennedy mati ditembak, kononnya dia bersama kekasih gelapnya Marilyn Monroe!

Maha Suci Tuhan yang lebih tahu akan segala sesuatu. Segala kebetulan datang dari-Nya jua.

* Eh, apa pula pertaliannya dengan gambar di atas? Ada pertalian. Mustahil tidak ada. Nantilah cerita!

4 comments :

New Skool said...

pandai dia orang susun cerita...

New Skool said...

pelik la tuan...

Ampuan Awang said...

siapakah yang pandai itu, sahabat? Allah Mahatahu lebih tahu dari kita

yamani musyaraf said...

MasyaAllah.....dan pelik juga kalau baca dengan teliti...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top