ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Syukurlah Wahai Ustazah



KEFAHAMAN tentang sesuatu tiadalah mutlak diberikan khusus buat para alim, sekalian abid atau para ustaz ustazah, tetapi kefahaman itu datang dari ketentuan Yang Maha Esa jua dan ia diberikan buat sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Marilah bersama kita renungkan dialog seorang insan bernama Adeeba yang baru berusia lima (5) tahun dengan seorang insan bergelar ustazah.

Ustazah : Adeeba kena takut Allah,Tuhan yang mencipta kita semua.

Adeeba : Tapi saya tidak takut, saya sayang Allah, boleh ke tu Ustazah?

Ustazah : Ya begitulah sebaiknya, Ustazah pun hanya cinta Allah.

Adeeba : Boleh ke Adeeba jumpa Allah Ustazah?

Ustazah : Boleh nanti bila mati kita jumpa Allah dekat syurga.

Adeeba : Ustazah takut mati tak?

Ustazah : Mestilah, sebab Ustazah belum sedia lagi masih banyak dosa.

Adeeba : Macamtu Ustazah tak cinta Allah !!

Ustazah : Kenapa pulak?

Adeeba : Tadi Ustazah kata, siapa cinta Allah mesti nak jumpa Allah, betul tak??


~ Ada Jiwa

Maha Suci Allah Yang Maha Adil, Tiadalah Lagi Yang Lebih Adil Melainkan Dia Yang Esa.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top