ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Buat BAIK Salah, Buat JAHAT Apatah Lagi: Najib Naik Haji?

HARI ini dinding facebook seolah hampir pecah akibat sarat dengan cerita yang barangkali pecah juga pada enjin carian Google berkekata kunci 'Najib Naik Haji'. Lantaran ada yang mempertikaikan (termasuk aku) maka dihidangkanlah hujah melalui beberapa sumber yang sememangnya sengaja dicari dek orang kita yang berkepentingan bagi meraih sesuatu dalam sesuatu (bunyinya sesuatu dalam sesuatu itu tak salah seperti membunyikan huruf idgham dalam hukum tajwid). Beginilah, sudah menjadi fiil fitrah kita sebagai manusia, berbuat BAIK salah; berbuat JAHAT apatah lagi. Astaghfirullah, tak terkata aku dibuatnya (tapi tetap berkata jua). Di bawah ini ada dua (2) foto, tataplah:


BERASA aneh, pelik atau sengaja hendak menganehkan diri atau memelikkan diri? Tidaklah menjadi suatu yang mencarik adatpun seandainya kita menyaksikan situasi pada foto di atas ketika berada di Kota Makkah. Beginilah tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat yang dirahmati Allah, marilah kita elakkan diri dari mengata paku dulang paku serpih (sangka buruk). Biarlah Pak Jib menunaikan 'Haji atau Umrah', ketepikanlah soal politik 'Kangkung' dahulu. Adapun khidmat 'Soldadu' itu diberikan buat seorang Pembesar Negara. Sila lihat Pak Ahmadinejad, beliau siap bawa 'Sekuriti' sendiri lagi. Err, kenapa Pak Jib tak guna khidmat 'UTK' ya?


Sila Klik Foto Di Bawah Untuk Menjamu Mata Kalian Di Youtube


PEMBESAR NEGARA (Perdana Menteri, Presiden, Sultan, Raja, atau apa sahajalah gelarannya asal namanya pemimpin utama) ibarat seorang artis. Seperti biasa, marilah bersama-sama kita renungkan sejenak, bagaimanalah keadaan 'Sang Artis' yang ternama (Contohnya: Arwah Micheal Jackson, The Beatles, Pink Floyd dan seumpamanya) hadir di khalayak tanpa perlindungan? Perlindungan Tuhan? Ya, benar, Tuhan itu Maha Melindungi, namun apakah menjadi kesalahan berusaha terlebih dahulu sebelum berserah diri (Tawakal) kepada Dia? Saksikan video ini, bayangkan bagaimana kalau Pak Ahmadinejad dibiarkan bertawaf seorang diri sedang ramai insan mengenali beliau? Takkah haru bila keluar 'Paper' muka hadapan besok pagi dengan tajuk besar 'Pak Ahmadinejad Mati Sesak Nafas Akibat Dikerumuni Jemaah Fanatik Di Kota Makkah'. Err, hendak bertanya sedikit, boleh? Negara ini bermazhab apa ya? Sunnikah? Kalau Sunni, mengapa mencari kebaikan pemimpin bermazhab Syiah? Paku dulang paku serpih ya? (*_*)v
 ~ Aku Pandang Guna Mata; Bukan Guna Mata Lutut (Eh, lutut berMATAkah?)

2 comments :

R'ain said...

True..true..this is just plain wrong. Pak Jib g haji pon boleh jadi kontroversi. Pak Jib ni kan femes satu dunia. Sapa xgerun dgn Malaysia? Sapa xpenah dgr kelantangan Pak Jib dan keluarganya memartabatkan Islam? Sapa? Sapa? Pak Jib dan isteri beliau adalah asset Malaysia dan Islam yang kena dijaga betul2. Right? pffft..

cemomoi said...

pandang guna mata pena ni lagi buruk... rupanya tak slamat walopon di negeri 'haram' di hadapan Yang Empunya Alam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top