ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

TENTANG BOHONG alias DUSTA



TIDAK ada suatu perangai pun yang lebih rendah dan hina daripada BOHONG. BOHONG itu adalah kehinaan yang paling BAWAH sekali. Ahli Falsafah Perancis Montaigne, ditanya orang gerangan apa sebabnya maka orang itu berBOHONG. Dan apa sebab maka "BOHONG" itu dipandang sesuatu COP yang tidak dapat dihilangkan dari kening si pemBOHONG. Beliau menjawab: "Seorang pemBOHONG, adalah seorang yang luar biasa, dan dia sangat PENGECUT menghadapi sesama manusia." Adakah lagi suatu perangai yang lebih rendah dari ini?

BOHONG sekali.
"Setali pembeli kemenyan,
sekupang pembeli ketaya
sekali lancung keujian
Seumur hidup orang tak percaya."
* PETIKAN ini andai kutampalkan Tanpa Nama, pasti akan mendapat pelbagai respons yang enak dan kurang enak kerana yang menulis itu AKU. Tetapi andai kuletakkan penama penulis asal, pasti bunyi-bunyi kusut itu hilang. Apakah sebabnya? Kerana tuan empunya tulisan ini adalah Buya Hamka di mana proklamasi yang dibuat dek arwah lebih diterima dari hujahku. Ya, hujah ini daripada arwah Buya Hamka. Al-Fatihah buat arwah.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top