ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

SUMPAH: Jangan sekali-kali bersumpah PALSU!



DEK kerana tidak ada kitab sahih Muslim / Bukhari di tangan, dan demi menyedarkan diri sendiri lalu kutampalkanlah sebuah hadith (sila sahkan samaada ia sahih ataupun tidak).
"Sumpah itu dapat melariskan barang dagangan, tetapi menghapuskan berkah usaha." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
PERIHAL sumpah bersumpah bukanlah suatu perkara baharu, ia telahpun berlaku sedari dahulu. Orang kita gemar bersumpah demi membuktikan konon dirinya itu benar tiada bersalah. Entah mengapa sedemikian banyak dalil dalam al-Quran diremehkan, hadith-hadith baginda nabi juga dientengkan. Barangkali mahu ditunjukkan dalil daripada kitab lain agaknya? Baiklah, sila teliti hujah dalam al-Kitab yang berbunyi:
"Kamu telah mendengar pula yang difirmankan kepada nenek moyang kita: Jangan bersumpah PALSU, melainkan peganglah sumpahmu di depan Tuhan. Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah sekali-kali bersumpah, baik demi langit, kerana langit adalah takhta Allah, maupun demi bumi, kerana bumi adalah tumpuan kaki-Nya."
SEBAIK sahaja membaca hujah ini, sila jelaskan, mana satu daripada sekalian ajaran agama yang wujud di dunia ini membenarkan penganutnya bersumpah PALSU? Mana!

~ Ajikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top