ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

SOLAT: Permudahkanlah, Usah Pula Dipersulitkan


PERMUDAHKANLAH, USAH DIPERSULITKAN

NASIB seorang muallaf:

GENAP enam bulan memeluk Islam tetapi masih belum menunaikan solat. Kemudian ketika beliau menghadiri program agama anjuran sebuah jabatan agama yang tidak dapat dikenal pasti di manakah tempatnya di muka bumi ini, beliau ditanya oleh seorang ustaz yang memberi ceramah sebaik saja selesai ceramah agama tadi dijalankan.

"Alhamdulillah, genap enam bulan kita menjadi saudara seagama. Kamu saya lihat begitu bahagia nampaknya. Pasti solat yang kamu kerjakan memberi kesan kepada diri kamu."

"Err, saya belum solat lagi, ustaz."

"Astaghfirullah, mengapa begitu? Kamu lupa caranya ya?"

"Tidaklah ustaz, saya ingat, tetapi ustaz yang mengajar saya di hulu kampung kata saya kena perbetulkan dahulu bacaan al-fatihah saya. Katanya selagi tak betul, selagi itulah solat yang saya buat tak sah."

"Aduh, bukankah kamu orang yang baru belajar, takkanlah dia tak faham?"

"Katanya tak boleh, ustaz. Al-fatihah itu rukun, dan saya maklum akannya. Sekarang ini saya sedang mengikuti pengajian Iqra, beliaulah yang ajarkan. Saya ini baca pun merangkak-rangkak, memanglah agak susah, lagipun lidah masih lagi saya rasakan keras."

"Kamu ada pen tak?"

Ustaz yang baru saja berceramah tadi menyalin kembali surah al-fatihah dalam bahasa Arab dan juga rumi. Tujuannya? Bagi memudahkan hamba Allah tadi menunaikan solat berpandukan apa yang disalin beliau tadi. Ujar beliau,

"Ya, saya faham akan masalah kamu, tetapi kamu tetap harus solat. Sekarang kamu solat saja, teruskan dan jangan lupa perbaiki bacaan kamu dari hari ke hari ya. Pedulikan saja kata-kata ustaz yang seorang itu, benarlah baginya. Katakan padanya, Islam ini agama indah dan mudah, jadi permudahkanlah; usah dipersulitkan."

"Baiklah, ustaz. Terima kasih banyak."

~ O. Kulimpapa a.k.a Ajikara a.k.a Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top