ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Singa dan Pura - Zurinah Hassan



Singa dan Pura

Setiap kali di pulau ini
aku seperti bertemu Sang Nila Utama
terpegun melihat kegagahan
seekor singa tangkas
berlari-lari melintas.

Terpegun dengan si singa
Sang Nila Utama tidak mahu pulang ke Bentan
bertekad membina negei baru
yang diramalkan menjadi megah
kerana si haiwan yang gagah.

Beribu tahun kemudian
ternyata tepat ramalan
kota ini membina kemahsyuran
namun pura yang kaudirikan
telah runtuh
diganti tembok-tembok angkuh
metropolis yang riuh.

Di sini tiada lagi singa
yang berlari-lari
cuma yang ada singa
yang mereka bawa menari-nari.

Sang Nila Utama telah tersingkir daripada peta
bersama-sama singa dan puranya
di sini tinggal hanya singa yang pura-pura.

~ Zurinah Hassan
* Dipetik dari buku Kumpulan Puisi 'Salasilah' 2005.

1 comments :

zurinah hassan said...

Alhamdulillah, ada orang yang sudi berkongsi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top