ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sesekali - Abdillah SM



Oleh: Abdillah SM, Malaysia

SALAM awal pagi, sabtu 22 oktober 2011, petra jaya, kuching.
al fatihah buat Allahyarham Gaddafi. semoga rohnya dicucuri rahmat atas segala perjuangannya yang terpilih, mengampuh imej kepimpinan Islam serta curahan jasa bakti almarhum lewat kebajikan serta harum ukhuwahnya ke seluruh dunia Islam. Banyak pengajaran yang bisa kita lipat ke dalam senarai sejarah perjuangan seumpamanya ini. akhirnya kita sedar bahawa apresiasi nilai super tokoh kepimpinan berubah ikut putaran waktu. sedang sebab selebih punca kegoncangan pimpinan dan imej sepertinya juga jelas diakibatkan oleh faktor-faktor hasutan luar yang meracun minda, khas disasarkan kepada generasi muda mana-mana publik yang alpa. demikian dalam mempertahankan keutuhan negara dan umat Islam, wajib diawasi dan dihalangkan indoktrinasi buruk kuasa barat terhadap generasi baru dengan kita sendiri berusaha terlebih dulu menyentap kesempatan milik kita sebelum anak-anak muda tunggak negara dilepaskan ke luar sana. mereka pasti akan dihasut untuk menilai semula apa yang cemerlang bagi kita generasi sebelum mereka; kononnya semua yang indah milik kita tidak lagi sesuai bagi zaman moden. sungguh memang cermerlang itu tidak berubah yang berputar adalah waktu dan penilaian semula yang memasukkan elemen hasutan. apa lagi, begitu saja anak-anak kita diserahkan tanpa was-was kepada barat dan yahudi untuk dirosakkan apresiasi nasional dan akidah Islamiah mereka! Wallahualam. sejahtera kalian di kerahmatan Ilahi. amin.

SESEKALI

dari jendela
penjara usia
ku menjenguk
ke luasaan saujana
ilalang bergelombang
berombak alun lembut
terbawa kenangku
ke satu titk manis
kehidupan ceria
zaman kanak-kanak
ngutip bunga angsana
mengejar kura-kura
nyergah belalang
ke sungai air hitam
menangguk udang
pulang lewat
dihukum
seperti
selalu.

Abdillah SM

P/S: Mengenali beliau (Pak Abdillah SM) bermula di laman sosial facebooklah kalau tak silap, dan perkenalan ini berpanjang sehinggalah membawa kepada pertemuan sewaktu berkursus di Sarawak pada tahun 2009, di mana beliau mempelawa untuk hadir dalam program baca puisi di Waterfront, Kuching yang turut menjadi punca aku berkenal-kenal dengan beberapa individu seperti Setia Kasih, Zach Manan, dan Yusuf Fansuri (Sekadar menyebut beberapa nama). Apalagi kenangan bersama beliau ya? Kesanggupan beliau bersama isterinya menghantar aku dengan susahpayah ke lapangan terbang amatlah aku hargai dan aku ingati. Terima kasih Pak Abdillah SM, perbincangan kita yang terbantut 2 tahun lepas akan kita sambung jikalau Allah memberikan izin-Nya.

~ Ajikara a.k.a Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top