ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pembentukan Majlis Kerja Tertinggi Perikatan

PEMBENTUKAN MAJLIS KERJA TERTINGGI PERIKATAN
Tarikh Peristiwa: 5 Oktober 1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Perikatan Tanah Melayu, yang terdiri dari parti-parti UMNO, MCA dan MIC telah membentuk Majlis Kerja Tertinggi. Majlis ini di anggotai oleh 6 orang daripada UMNO, 5 orang daripada MCA dan 3 orang daripada MIC. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman bertindak sebagai Pengerusinya manakala Encik T.H.Tan sebagai Setiausaha.

Tujuan pembentukan Majlis Tertinggi Perikatan adalah untuk mengukuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru dua bulan mencapai kemerdekaan. Kemenangan Perikatan bagaimanapun tidak menjamin kekuatannya lantaran digugat oleh perbalahan di kalangan anggota-anggotanya. Pembentukan majlis ini perlu untuk mengukuhkan disiplin di kalangan ahli agar isu-isu sensitif tidak digunakan bagi kepentingan politik perseorangan.

Majlis Kerja Tertinggi telah diberi mandat untuk memecat mana-mana ahli Parti Perikatan yang melanggar disiplin, juga menentukan dasar kerajaan melalui cadangannya dalam bidang ekonomi sosial, pelajaran dan pembangunan.

Objektif Majlis Kerja Tertinggi Perikatan tercapai apabila Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Umum 1959. Kerjasama yang rapat di antara pemimpin daripada parti UMNO-MCA-MIC ini telah dapat menyelesaikan sebarang perselisihan faham bagi menjamin kemerdekaan negara dipertahankan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top