ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa yang abadi - Khalil Gibran



Oh Jiwa Yang Abadi

Oh Jiwa, kalau tidak kerana keinginanku untuk abadi, tentunya aku tidak sedar irama yang didendangkan oleh masa. Malah aku akan mengakhiri kewujudanku secara paksa sehingga zahirku menjadi rahsia yang bersemadi di kubur.

Oh jiwa, kalaulah tidak aku bersuci dengan airmata atau kalaulah tidak kelopak mataku bercelak dengan bayangan sakit, tentu aku hidup dengan buta dan pandanganku diselaputi, lalu yang kulihat hanya wajah kegelapan.

Oh jiwa, kehidupan ini hanya malam, apabila larut ia berakhir dengan sinar fajar dan fajar akan berkekalan. Dalam kehausan hatiku membuktikan wujudnya "Salsabil" dalam tegukan maut yang penyayang.

Oh jiwa, kalau ada orang yang jahil berkata: roh itu sama seperti badan berakhir dan yang berakhir tidak akan kembali semula, katakan kepadanya: bunga-bunga juga berakhir tetapi biji-bijinya kekal, demikian juga dengan kewujudan ini.

~ Khalil Gibran

*Apapun ulasan atau lemparan kritikan buat beliau, terutama pada bait-bait prosa yang dicoretkan dalam setiap hasil karyanya dikatakan bukanlah sebuah puisi, biarkan saja. Yang penting hanya apa? Arwah Khalil Gibran pasti sedang bersenang hati di sana; berada di tempat yang sudah tidak perlu pegangan agama. Dan perkara ini sudah pasti berada di luar batas fikiran kita kerana yang tahu hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.

~Ajikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top