ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Langit Takkan Selalu Cerah


Langit Takkan Selalu Cerah

"LANGIT takkan selalu cerah, petang nanti insya Allah... hujan. Betul tak, ibu?" Romi bersuara tiba-tiba

"Amboi, anak ibu sekarang dah pandai berkata-kata ya? Barangkali ya juga, nak." balas si ibu

"Bukan pandailah, Bu. Romi tiba-tiba terbayang sesuatu sebaik saja melihat rupa awan putih di langit biru."

"Kenapa, nak? Terbayangkan apa? Awan putih itu kan cantik?" tanya si ibu, sedikit keliru dengan fiil anaknya hari ini yang tidak seperti selalu

"Begini, Bu. Usia Romi sekarang baru genap 12 tahun. Sempatkah Romi menatap rupa awan putih secantik ini 20 tahun akan datang? Adilnya Tuhan kan, Bu?"

"Tuhan memang adil, nak. Kenapa anak ibu tanya soalan begini?"

"Tak ada apa-apa, saja mahu ingat balik ceramah yang Romi dengar lepas subuh tadi. Ibu pun dengar kan?"

"Ya, nak. Tentang keindahan rupa alam yang patut kita renung-renungkan."

"Ibu, Tuhan itu Maha Besar, malah Maha Kaya dan segala isi dunia ini milik-Nya. Tapi mengapa masih ramai yang mengaku segalanya itu milik mereka? Lihat awan putih itu, Bu. Buktinya ada di situ."

"Maksudmu, nak?"

"TIDAK ada seorangpun yang mampu mengarahkan awan putih agar segera menurunkan hujan tanpa izin Tuhan, tak kiralah sekaya manapun dirinya. Awan putih hanya patuh akan arahan Tuhan, tidak kepada arahan insan seperti kita. Betul tak, ibu?"

"Subhanallah! Benar sekali, nak."

~ Ajikara a.k.a AA

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top