ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kisah Panglima Hassan - Abang Paduka Mat Salleh!



Panglima Hassan (Komander Daerah Luuk, Sulu)

Panglima Hassan (berdiri di tengah) merupakan seorang pemimpin di bawah Kesultanan Sulu (juga merupakan abang kepada Paduka Mat Salleh). Dan beliaulah pemimpin Tausug yang pertama melanggar perintah Sultan (yang Pro-Amerika) demi menjaga keamanan dan kepentingan rakyat ketika itu. Beliau (Panglima Hassan) terkenal sebagai seorang ketua agama merangkap Imam. Pada awal November 1903, Panglima Hassan bersama kira-kira 3,000 hingga ke 4,000 orang pahlawan mengepung sarang penjajah Amerika di Jolo tetapi terpaksa berundur. Pertempuran yang berikutnya diteruskan dan kali ini beliau tertangkap sewaktu sedang mandi berhampiran dengan kem beliau di Lake Seit pada akhir November 1903 tetapi beliau terlepas dan berjaya melarikan diri. Apa lagi? Kesudahan wira pastinya akan berakhir dengan kematian (seluruh manusia pun sama). Dalam pertempuran 'Pampang', beliau kalah dalam pertempuran, dan kemudiannya dibunuh pula dek dua sahabat beliau. Terdapat 17 kesan luka-luka di tubuh Panglima Hassan, namun sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau masih mampu merangkak dan meluru dengan sebilah keris di mulut ke arah askar Amerika yang cedera sebelum hayatnya ditamatkan dek sebutir peluru penjajah.

~ Ajikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top