ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

KIRI KANAN PUN SAMA 2 X 5!



MENGAPA perlu DISIAH sahaja mana-mana wakil rakyat yang sudah sekian lama duduk di atas kerusi parlimen? Berpenggal-penggal asyik orang yang sama, seperti tidak ada orang lain. Alasan yang paling sinonim,
"Bukan tidak mahu merombak nama-nama mereka yang telah usang itu, tetapi kita masih tercari-cari individu yang layak menggalas tugas. Jawatan ini perlukan pengalaman yang lebih, orang muda masih belum mampu untuk berbuat demikian. Lagipun rakyat di negeri ini masih mahukan khidmat wakil rakyat yang berkenaan."
MENARIK sekali hujah ini. Err, PM kita yang sekarang ini menjadi wakil rakyat pada usia berapa tahun agaknya ya? Senyum. Berpangalamankah beliau saat menjawat jawatan sebagai wakil rakyat pada ketika itu ya? Senyum lagi. Bukankah pengalaman itu insya Allah akan diperolehi setelah jawatan diberigalas? Orang muda akan merasa tua, dan orang tua hanya tua pada wajahnya, namun tidak pada jiwanya. Eh?

P/S: Perdana Menteri kita yang sekarang ini dahulunya dipilih dan akhirnya berjaya menjadi Menteri Besar  pada usia 29 tahun. Persoalannya, apakah pernah alasan di atas ini dilontarkan kepada beliau? 29 tahun itu cukup muda, pasti kalian kata masih berhingus atau masih lagi dok berkepit di bawah ketiak ibu. Kan kan kan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top