ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

King Thalut vs Jalut



IZINKAN aku belajar mengingat apa yang kuingat ...

BANI ISRAEL, siapa tak kenal dengan 'merek' bangsa ini yang terkenal degil dan keras kepala (akan tetapi para nabi terdahulu rata-rata lahir dari bangsa ini, termasuklah bangsa Melayu barangkali. Eh?). Begini, pernahkah terbaca akan asma Thalut disebut dalam al-Quran? Dalam surah al-Baqarah kalau tak silap. Kisahnya lebih kurang berkisar tentang golongan bani Israel yang mendesak supaya dilantik seorang ketua demi menjadi pemimpin mereka dalam peperangan. Lalu Alllah melantik Thalut sebagai ketua. Adapun Thalut memang seorang insan yang sungguh istimewa,

1. Tubuh badannya gagah perkasa.
2. Ilmu beliau cukup luas adanya.
3. Dan beliau itulah pilihan Allah.

Namun, Allah menurunkan ujian demi melihat sejauhmana tahap keimanan tenteranya Thalut. Apakah dia ujiannya? Dikatakan mereka ditemukan dengan sebatang sungai, di mana sebahagian besar tentera Thalut meminum air di sungai tersebut sepuas-puasnya, seterusnya mengingkari arahan Thalut, manakala sebahagian kecil lagi mentaati arahannya. Dengan izin Allah jua, Thalut berjaya mengalahkan tentera Jalut. Dan Nabi Daud yang turut serta dengan tentera Thalut berjaya membunuh Jalut. Natijahnya? Nabi Daud kemudiannya dilantik menjadi raja dan dikuniakan hikmah (pangkat kenabian) oleh Allah.

BEGITULAH lebih kurang kisahnya.

~ Ajikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top