ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kahwin Kontrak (Nikah Kontrak): Pendapat anda bagaimana?



Oleh: Ajikara
1 Okt 2011 18:47 PM

Mexico City: DISEBABKAN berlakunya peningkatan angka jumlah perceraian melebihi 50 peratus dalam tempoh 2 tahun usia perkahwinan, anggota parlimen di Mexico City mengambil langkah dengan memberikan mereka kemudahan bagi menghindari kesulitan perceraian pasangan yang baru berkahwin dengan memberikan surat izin perkahwinan sementara atau lebih popular di kalangan kita sebagai Kahwin Kontrak.

Pasangan Kahwin Kontrak dibenarkan mengikat kontrak dalam tempoh yang paling minama iaitu selama 2 tahun dan ia boleh diperbaharui sekiranya pasangan berkehendak untuk bersama dengan alasan menemui keserasian atau merasa bahagia dan sebagainya.

Proses kahwin kontrak ini meliputi segala perjanjian-perjanjian tentang kehidupan anak-anak dan pembahagian harta jika pasangan tadi benar-benar bercerai. Demikanlah yang dinyatakan oleh anggota parlimen Mexico City, Leonel Luna sewaktu membahas usul tersebut di parlimen. Luna, merupakan anggota Parti Revolusi Demokrat yang telah memenangi kerusi terbanyak di parlimen turut menyatakan harapan agar pungutan suara yang sedang dijalankan kini akan selesai akhir tahun ini.

Namun, pihak gereja Katolik yang besar pengaruhnya di negara itu meengkritik hebat usul tersebut. Menurut jurucakap Archbishop Mexico, "Pembaharuan ini sungguh tidak masuk akal dan ia bertentangan dengan sifat dan hakikat perkahwinan. Perbuatan ini sungguh tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab."

"Pembaharuan ini tidak masuk akal. Ia jelas bertentangan dengan kehendak asal perkahwinan." demikian hujah Hugo Valdemar, selaku jurucakap Archbishop Mexico. "Satu lagi sandiwara dari sebuah majlis yang cenderung ke arah aktiviti yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab."

Sebagaimana yang kita maklum bahawa pengaruh institusi gereja di Mexico cukup besar dan memainkan peranan penting kerana Mexico adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk Katolik yang kedua terbesar setelah negara Brazil. Apakah kesudahannya isu ini? Kita nantikan saja pengaruh siapa yang lebih kuat, samaada pihak gereja bersama Archbishopnya, atau Parlimen bersama anggotanya yang berkuasa.

Wujudkah Kahwin Kontrak (nikah kontrak) di negara kita? Apakah pula pendapat anda sebagai teruna dan dara?

Sumber: Yahoo!!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top