ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jasa Besar Muammar Gaddafi buat Libya


DARIPADA mencari kesalahan, adalah lebih baik mencari kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya. Insan seperti Gaddafi sukar dicari ganti. Mengapa? Tidak pernah ada seorang pemimpin dunia di zaman ini berfiil seperti beliau. Sekiranya pemimpin atau masyarakat dunia terus-terusan menuding jari kepada dirinya tak mengapa, biarlah aku seorang cuba mengangkat dirinya melalui kebaikan yang pernah diperbuat semasa hayatnya dikandung badan. Dipersilakan menatap sepuluh (10) kebaikan arwah Kolonel Muammar Gaddafi saat memimpin negara tercintanya, LIBYA.
  1. Kerajaan di bawah pimpinannya berjaya mengeluarkan Libya daripada belenggu kemiskinan dan bahana lambakan hutang keliling pinggang (tidak seperti negara Afrika yang sarat dengan hutang jela-berjela panjang), di mana kemakmuran telah berjaya dicapai dan status bebas hutang dalam tempoh 41 tahun!
  2. Pendidikan awal dari sekolah rendah sehingga lewat ke kolej diberikan PERCUMA di Libya!
  3. Perkhidmatan dan penjagaan kesihatan hospital diberikan PERCUMA dan segala fasiliti-fasiliti yang digunakan di hospital Libya setanding dengan fasiliti-fasiliti negara Eropah!
  4. Indeks ranking negara Libya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di tangga ke-53 (negara kita tangga ke berapa ya?)
  5. Taraf hidup rakyat Libya merupakan yang tertinggi berbanding negara-negara lain yang wujud di Afrika, malah terlebih baik daripada Afrika Selatan, Mauritius dan Seychellas!
  6. Seperti golongan petani di negara kita Malaysia ini yang dibekalkan dengan subsidi pertanian, negara Libya juga berbuat demikian iaitu dengan memberikan tanah, juga bekalan baja secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang mahu berbudi kepada tanah!
  7. Hampir tiada seorangpun daripada rakyat Libya hidup gelandangan, hidup berbumbungkan langit kerana setiap orang diberi rumah!
  8. Hak kesamaan gender diberikan buat wanita (sesuaikah ayat ini?), bukan sekadar omongan doktrin falsafah tetapi ia dilaksana dan benar-benar dijadikan amalan.
  9. Dibawah Program Perkongsian Minyak, setiap seorang daripada rakyatnya menerima $500 dideposit masuk ke dalam akaun bank setiap bulan!
  10. Terpaling menarik, setiap pasangan yang kepingin hendak berumahtangga diberikan $60,000 sebagai hadiah!
AKU sedar negaraku makmur, aku akui dan aku bersyukur tetapi izinkanlah aku membuat perbandingan kepimpinan di bawah pemerintahan Gaddafi yang dilebel sebagai DIKTATOR ini. Dan akhirnya, aku berjaya juga mencari kebaikan beliau dan ternyata jasanya terlalu besar untuk diukurnilai; berbanding pemerintahan Raja Idris yang mundur dan cetek pula pemikirannya (sekadar perbandingan, bukan menghukum kerajaan terdahulu itu kerana aku tahu tidak ada seorangpun daripada manusia seperti kita lahir lengkap sempurna). Gaddafi kejam? Ya, tetapi kekejamannya tetap membuat 'TELOQ' pemimpin di BARAT kecut seperti 'BAPOK'. Maaf cakaplah yahaha.

~ Ajikara
* Sumber: Negara Hujung Jari Di Alam Maya

2 comments :

aslinahali said...

aku tabik DIA !

syahmi ariff said...

beliau adalah pemimpin yang lantang bersuara menentang rejim zionis,pemberontak yang memusuhi beliau berkemungkinan dihasut oleh pemimpin2 negara barat yang takut dengan keberanian muammar..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top