ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dilema Graduan Universiti Di Malaysia



(Utusan Melayu Mingguan, 3 Oktober 2011, hlm. 8)

Bulan Oktober ini sekali lagi menyaksikan wajah gembira para graduan kita di kebanyakan universiti awam menerima ijazah mengikut peringkat pengajian masing-masing.

Kejayaan yang dirai dalam majlis konvokesyen itu pastinya diiringi dengan lafaz syukur kepada Yang Maha Esa. Juga tidak dilupa sokongan keluarga tercinta, para pensyarah, warga kampus serta rakan-rakan seperjuangan.

Itu kisah suka mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian namun bagaimana pula kisah duka belasan ribu pelajar tempatan yang layak tetapi gagal memasuki mana-mana universiti awam bagi sesi kemasukan tahun ini?

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipetik sebagai berkata hanya 4,343 orang iaitu 18 peratus calon daripada 24,116 permohonan rayuan telah selamat kemudiannya ditawarkan tempat di universiti awam (Utusan Malaysia, 23 September 2011).

Ini bermakna terdapat 19,773 calon yang tidak menerima apa-apa tawaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun diakui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mereka adalah layak untuk menyambung pengajian.

Alasan beliau ialah “dasar pemilihan rayuan untuk mengisi kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA adalah terhad”.

Timbul persoalan, jika benar tempat di IPTA “terhad”, bagaimana boleh wujud keadaan seperti banyak pula tempat di universiti awam untuk pelajar asing?

Buktinya, pada tahun 2010 sahaja terdapat 24,214 pelajar asing daripada sejumlah 462,780 pelajar berada di seluruh IPTA.

Sungguhpun Jabatan Pengajian Tinggi, KPT dalam reaksinya dalam Utusan Malaysia di ruangan Forum pada 28 September 2011 lalu supaya “jangan gusar, pelajar luar IPTA tak jejas pelajar tempatan” dengan menyatakan hanya 5.23 % pelajar asing di IPTA tetapi alangkah lebih adilnya jika tempat tersebut diberi keutamaan terlebih dahulu kepada anak-anak tempatan.

Bagaimanapun, itu ialah perangkaan tahun lalu. Angka bagi jumlah pelajar asing di IPTA bagi sesi pengajian 2011/2012 pada Julai lalu pasti telah meningkat lagi sejajar dengan sasaran KPT mahu membawa masuk 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020!

Semua ini didorong oleh hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

Malah, dalam reaksi yang sama oleh Jabatan Pengajian Tinggi hasrat tersebut juga selaras dengan dasar kerajaan ingin mencapai jangkaan janaan pendapatan negara sebanyak RM6 bilion setahun menjelang 2020.

Jelas, anggapan bahawa “semakin ramai pelajar asing, semakin tinggi potensi universiti kita bertaraf antarabangsa” tidak lebih hanya didorong atas kepentingan “kuantiti” bukannya “kualiti” serta paling bahaya dibayangi oleh faktor wang semata-mata.

Makna dan terjemahan daripada laungan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dalam gagasan 1Malaysia sekarang ini sebenarnya masih jauh daripada menjadi kenyataan.

Buktinya, hampir 20,000 anak tempatan kita tercicir daripada mendapat tempat di IPTA tetapi dalam masa sama pula lebih 20,000 pelajar asing begitu mudah dibawa masuk ke universiti awam.

Walhal, sejauhmana kita berjaya memanfaatkan terlebih dahulu modal insan yang ada dalam setiap jiwa anak-anak tempatan kita itulah yang patut dipupuk dan dibaja sebagai syarat utama untuk kita muncul sebagai bangsa berfikiran maju dan negara bertaraf antarabangsa.

Fitrah hidup kita semuanya mesti ada kawalan bukannya lepas bebas. Tindakan yang cenderung melebihkan kera di hutan ibarat menempah bencana yang meranapkan asas dan peradaban bangsa kita.

Kembali kepada suasana meriah sepanjang majlis konvokesyen di kebanyakan universiti awam sepanjang bulan ini: Adakah sedekad akan datang kita akan tercari-cari di mana kelibat graduan tempatan yang terselit di celah-celah dominasi pelajar Afrika, Iran serta pelbagai “spesies” orang asing yang lain?

***

Tahun ini sahaja hampir 20,000 anak tempatan kita yang layak tetapi tercicir daripada mendapat tempat di IPTA. Hairannya, dalam masa sama lebih 20,000 "kera" begitu mudah dibawa masuk ke universiti awam. Siapa "didahulukan"? "Anak di rumah" atau "kera di hutan"?

P/S: "Siamang MENANG terus bergayut; si anak KALAH mati tersangkut."
* Terima kasih atas maklumanmu sahabat. Artikelmu menarik hati orang bawahan, tetapi tidak untuk orang ATASAN. Aduhai ...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top