ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

DAKI di kaki ini



Daki Di Kaki Ini
Oleh: Si KukuNaga

Insan berhabis menjaga kaki,
takut malu nampak daki,
kasut ribuan ringgit dibeli,
ikut gaya seperti menteri,
ramai rakan memuji,
rasa diri makin tinggi
minta lagi puji
rosak kasut ganti lagi
saban tahun asyik begini
sehingga saat mahu kembali
menghadap empunya diri
pencinta kasut susah hati
diri tertipu selama ini
rupanya hati penuh daki

pekat hitam tak kenal diri
bagaimana nak kembali
makin susah hati,
sendiri memaki diri
diri menghukum diri sendiri
Tuhan takkan peduli
apa yang ada di kaki
dihitung apa dalam hati
usahlah risau daki dikaki
risaukanlah apa yang ada di hati
masa masih ada lagi
untuk bersih sucikan hati
ubatnya murah mudah sekali
ingatkan Allah sahaja dalam hati...

* Sekian, sama-sama kita muhasabah diri, sama-sama kita kasih mengasihi.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top