ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Belajar itu apa?



Belajar itu apa? Sebelum kelahiran kita ke dunia sebenarnya proses pembelajaran telahpun bermula tetapi kita sendiri tidak menyedarinya. Dan ternyata pendidikan awal kita bermula dari alam kandungan lagi iaitu sewaktu kita berada di rahim ibu.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan belajar? Menurut kamus dewan edisi keempat mengklasifikasikan istilah belajar dalam perkataan ajar yang membawa maksud tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; sementara belajar pula dikelaskan sebagai belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang;

Namun Witherington (1952) berpendapat bahawa,

"Belajar merupakan sebuah perubahan dalam bentuk keperibadian yang dimanifestasikan berpandukan pola-pola respons yang berupa ketrampilan diri, sikap, kecekapan dan kefahaman."

Sementara Gagne dan Briggs (1988) pula bependapat,

"Perubahan pada tingkah laku dalam proses belajar menghasilkan aspek perubahan seperti kemampuan membezakan, konsep konkrit, konsep definisi,nilai, nilai / aturan paras tinggi, stategi kognitif, informasi verbal, sikap, dan ketrampilan motorik.

Menurut Sudjana (1989),

"Belajar juga merupakan proses melihat, mengamati dan memahami akan sesuatu."

Menurut Hilgrad dan Bower,

"Belajar memiliki erti iaitu memperolehi pengetahuan atau menguasai pengetahuan melalui pengalaman, ingatan, mendapatkan informasi atau menemukannya."

Melalui definisi yang dikemukakan oleh para ahli akademik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep belajar adalah perubahan tingkah laku yang terjadi melalui proses dan menghasilkan perubahan seperti kemampuan membezakan, nilai, aturan, dan pengetahuan dari yang tidak tahu menjadi tahu, dari yang tidak mampu menjadi mampu.

Sedangkan pembelajaran dapat didefinisikan sebagai suatu sistem atau proses pembelajarann subjek pendididikan / pembelajaran yang direncanakan atau diolah, dilaksanakan, dan dinilai secara sistematik agar subjek pendidikan atau pembelajaran dapat mencapai tujuan-tujuan pembelajaran secara efektif dan efisien.

Pembelajaran sebagai suatu sistem, iaitu pembelajaran yang terdiri dari sejumlah komponen yang terancang antara lain tujuan pembelajaran, bahan, strategi dan metode pembelajaran, media atau alat pandang dengar, pengorganisasian kelas, penilaian, dan tindakkan lanjut pembelajaran.

Jadi konsep pembelajaran itu adalah suatu sistem atau proses perencanaan belajar yang ditujukan kepada pelajar. Tujuannya? Sudah pasti demi mencapai hasil yang maksimum.

* Ulasan asal: Ahmad Mubasir (terima kasih atas maklumanmu, sobat)
* Diolah semula oleh Ajikara

2 comments :

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Siapa si Ajikara?
Ehehhehee...mantapszz ni....boleh sudah buat buku. Ke...memang banyak sudah buku hasil kerja tangan sendiri? Wahhh...apapun tahniah2....nanti mau berguru sama si penulis pula. :D

Ampuan Awang said...

Usah difikirkan sangat siapa orangnya, yang penting baca. Mudah bukan? (^_^)v

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top