ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Batu Sumpah Peringatan interior Sabah



Batu Sumpah Peringatan interior

[...] Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara

· 9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London

· Kandungan utama perjanjian:

i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan

ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan

ii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan

iii. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia

iv. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen & perkhidmatan awam

v. Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

· Isi perjanjian kemudian dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia

· Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili Donald Stephens

· Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang di-Pertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman

· 16 September 1963 - Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

· Sebanyak 101 das tembakan meriam & laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan

· Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota kinabalu, Sabah

· Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita Harian

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah:

· Tiada agama rasmi

· Kebebasan beragama

[·] Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

· Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri

· Malaysia menjadi nama persekutuan

· Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan

· Peruntukan kerusi parlimen

· Pelantikan ketua negeri oleh ratu British & Yang di-Pertuan Agong

++ Sumber: Buku Sejarah Tingkatan 3: Bab 7- Malaysia Yang Berdaulat

P/S: Dalam buku sejarah tingkatan tigalah datangnya hujah ini (buku kanak-kanaklah katakan. biarlah dikata menyumbang, asal fakta dapat disampai, bukankah kita dipesan agar saling ingat mengingatkan antara satu sama lain?). Namun ada beberapa perkara daripada 20 perkara di atas sepertinya telah digugurkan (seperti telah diseragamkan mengikut perlembagaan persekutuan). Berkenaan dengan tuntuntan ke atas 20 perkara ini telah berulang-ulang kali diusulkan, baik dari pihak pencadang mahupun pihak pembangkang, hasilnya? Masih buntu dan masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memenuhi kehendak tiga pihak (Antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung). Itu sahaja. Sekian ...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top