ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Andai memandang BENTUK, apa kau dapat (?)



MEMANDANG 'BENTUK', apa kaudapat (?)

MELIHAT akan dirinya yang ramah dan penuh sopan santun, ditambah lagi seri wajahnya naik asbab tudung labuh miliknya. Lalu aku panggillah akan dia sebagai ustazah, kerana petudung labuh sememangnya terlalu sinonim dengan ustazah. Akan tetapi ...,

"Ustazah, selalunyalah soalan dari bab mana yang keluar ya? Bermula dari hadith apa?"

"Entahlah, saya tak tahu; betul-betul saya tak tahu,"

"Tak tahu? Ustazah takkanlah tak tahu soalannya, mustahillah."

"Betul, saya tak tahu. Saya bukannya ustazah. Soalan-soalan yang diberi nanti berada di luar skop kerja saya, tugas saya sekadar menjaga, tak lebih dari itu."

"Erk, yakah???"

KEMUDIAN aku memandang tudung labuhnya dan tanpa aku sedari leherku mulai memainkan peranan, kepalaku menggeleng sambil berbisik kecil di dalam hati,

"Disebabkan aku memandang pada BENTUK, yang kerja mengurus fail-fail pejabat pun aku kata ustazah, hanya kerana dirinya seorang petudung labuh. Aduhai,macam manalah boleh tersilap 'dail' panggilan ni ..."

*Status ini bukan untuk dikongsi-kongsi

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top