ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Sinar Harapan



SINAR HARAPAN

"Tirai gelap malam ditembus, diairi dengan cahaya pagi yang ramah. Sang fajar pun seakan-akan memberitahukan apa itu KETAKUTAN, dan membuka dari pintu yang TERKUNCI. Burung berkicau penuh harap setelah dalam bisunya, menanggalkan baju kemalangan yang terbenam. Menyingkirkan dari sebuah erti kemalangan seekor burung hantu, yang padanya ada bahasa dan ungkapan yang disukainya. Tidaklah kemalangan itu kecuali ada pada jiwa yang sakit, lahir dari keputusasaan yang teramat sangat hingga menutupinya. Tiadalah malam kecuali berganti fajar, matahari bersiul dan KEBENARAN pun menjadi JELAS."

~A.R Saleh

##Semakin kubaca semakin aku khuatir. Bila membaca, seiringlah dengan maksud bahawa kita ini tahu, dan setelah mengetahui, jatuh wajiblah kita untuk mengamalkannya. Bayangkan, berapa buah kitab yang sudah selesai kita khatamkan pembacaannya, apa pula faedah yang kita perolehi daripadanya, dan apakah kita amal apa yang kita baca (tahu), apakah kita telah sampaikan kepada saudara-saudara seagama apa yang kita tahu? Aduhai, berapa punya berat tanggungan badan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top