ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu - Britain

Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu - Britain
Tarikh Peristiwa: 19 September 1957

Pada hari ini, kertas putih yang mengandungi perjanjian pertahanan antara Britain dengan Kerajaan Persekutuan telah diterbitkan serentak. Perjanjian itu mengandungi 12 fasal dan menggariskan bantuan yang akan diberi oleh Inggeris kepada negara ini. Antaranya, Britain bersetuju memberi bantuan yang dikehendaki oleh Tanah Melayu bagi pertahanan luarnya.

Britain juga bersetuju membantu anggota pasukan bersenjata Persekutuan di samping berusaha memajukannya. Bagi pihak kerajaan Persekutuan pula, ia akan memberi kebenaran kepada Britain untuk menempatkan tentera darat, laut dan udaranya termasuk tentera khas Komanwel di negara ini. Mereka juga dibenarkan membina, menjaga dan menggunakan pengkalan serta kelengkapan tentera di Persekutuan.

Kandungan perjanjian itu telah dibahas selama 2 hari dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan, sebelum ia diluluskan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan Dato Abdul Razak Hussein menyatakan perjanjian tersebut adalah mustahak kerana ia membolehkan kerajaan menunpukan perhatian kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial negara.

NOTA: Sejarah negara wajar kita ingat sentiasa hendaknya, beleklah andai jikalau kita terlupa; maklumlah kita ini 'kan pelupa.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top