ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Negeri Ini Negeri Sumpah-Sumpah!

NEGERI SUMPAH-SUMPAH

Sumpah-sumpah tergolong daripada kalangan spesis reptilia. Aku lebih mengenali akan reptilia ini sebagai sesumpah atau Green Crested Lizard atau Chameleon. Apa kelebihan dan kebolehannya? Sumpah-sumpah alias Sesumpah mampu mentransformasikan dirinya dengan kebolehan bertukar warna yang biasanya bisa berwarna hijau atau coklat atau boleh saja mentransformkan diri kepada warna mengikut keadaan sekelilingnya. Apa pertaliannya dengan manusia dan negeri sumpah-sumpah? Tidak ada. Ia sekadar kias buat insan yang suka bersumpah (bagi diriku saja). Negeri ini negeri para Sesumpah bebas dan berani bersumpah palsu dengan asma Tuhan. Sebuah saranan buat para sesumpah, apa kata dikumpulkan saja kalian untuk menyatakan sumpah bersama-sama, dan diadakan pula persumpahan itu di suatu tempat istimewa. Di mana? Syor pertamaku di Kota Mekah, iaitu berada tepat di hadapan Kaabah. Apa macam? Ada telor ada berani?

~Ajikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top