ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

'Malay Fuhrer' (?)



|WAJAH: Pejantan Tangguh

PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil,"katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba"menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya,"katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan"tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang,"katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak

Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,"katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang,"katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.

Sumber: Malaysia Kini

## Apa lagi mahumu, tuan? Siapa sebenarnya menjadi "Perkakas"? Orang kita tak BERSATU? Cuba beritahu macam mana JALAN mahu BERSATU sedang di awak suka mencabut BULU? Di saya bilang SUSAH mahu BERSATU, sebab pihak di awak takat LANTANG KATA-KATA, tetapi BUATNYA TIADA.

Amboi, warna langit biru sekali - begitu juga di saya lihat impian di awak berbunga-bunga mahu menjadi Menteri Dalam Negeri. Lucunya di awak. BERSATU itu MUDAH diucap ikut MULUT, di hati? Amboi, jelapang padi makin lebar milik siapa - jatuh ke awak habislah porak peranda. Usah marah bang Aji, persepsi kita tak sama, di awak lain - di saya pula lain.

Apa kata BERSARA saja dari dunia POLITIK? Berhentilah BERJUANG, gantilah dengan orang lain pula. Bang Aji dah lanjut usia, biar orang MUDA pula meneruskan AGENDA PERKASA. Ada BERANI? Alahai bang Aji, tanpa menjadi KEPALA, bang Aji pun tetap bisa BERJUANG. Takkan bang Aji BERJUANG demi PANGKAT dan JAWATAN? Fikir-fikirkanlah ya, bang Aji.

A. Jikara

3 comments :

L said...

wow... no komennn... poltic malaysia teruk...

Ampuan Awang said...

L, tak apa. Itu perkara biasa :)

tehr said...

peribahasa melayu ada mengatakan
'kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'

[tak pasti pulak apa maksudnya secara tepat]
hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top