ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hari Ini Dalam Sejarah: Selamat Hari Ulangtahun Buat SPR



Selamat hari kelahiran buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Tarikh Peristiwa: 4.9.1957
Pada hari ini dalam tahun 1957, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan mengikut kehendak Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan kuasa SPR adalah termaktub di bawah Perkara 113 hingga Perkara 120 Perlembagaan Persekutuan. Peranan utama SPR adalah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang bebas, adil dan saksama.

Tanggungjawab SPR adalah memastikan rakyat yang layak diberi peluang berdaftar sebagai pemilih dan mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil mereka ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 SPR beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya. Sehingga kini SPR telah mengendalikan 12 pilihan raya umum termasuk pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. (Sumber Arkib)
Semoga semakin matanglah hendaknya pihak kalian, usia pun dah genap 54 tahun, matang sangat dah tu. Bila dah semakin berusia, fikiran seharusnya beranjak dan menilai mana jalan baik mana jalan buruk (jangan pula terlupa peranan kalian ya). Itu sahaja. Sekian.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top