ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hari Ini Dalam Sejarah: Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Ahli PBB



Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Ahli PBB (UN)
Tarikh Peristiwa: 17 September 1957

Pada hari ini dalam tahun 1957 Persekutuan Tanah Melayu telah diterima dengan rasminya menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keahlian Persekutuan Tanah Melayu itu telah diusulkan oleh Wakil Kerajaan Britain dengan mendapat sokongan sebulat suara dari anggota Majlls Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke 82.

Kemasukan Persekutuan Tanah Melayu ke dalam pertubuhan dunia itu telah memberi peluang bagi negara kita untuk mendapatkan sahabat tanpa apa-apa sekatan dari mana-mana plhakpun. Apa yang paling penting ialah negara kita dapat turut serta memberi sumbangan tenaga, ide ke arah matlamat untuk menegakkan keamanan dunia. Dengan menjadi anggota Bangsa-bangsa Bersatu Persekutuan Tanah Melayu seterusnya menjadi ahli Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan yang mengandungi syarat bagi membolehkan Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Antarabangsa dan Pembangunan Semula dan Koperasi Kewangan Antarabangsa.

Pada hari ini dalam tahun 1957 buat julung kalinya dalam sejarah perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu suara Persekutuan Tanah Melayu telah kedengaran dalam persidangannya. Dr Ismail bin Dato Abdul Rahman, Duta Persekutuan ke Amerika Syarikat telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai wakil tetapnya dalam pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam ucapan pertamanya di perhimpunan tersebut Dr Ismail telah menyatakan bahawa,
"Pada hari ini dalam Majlis Perhimpunan Bangsa-bangsa yang terbesar sekali sebagai wakil dari suatu bangsa yang kecil, mempunyai penduduk seramai 6 juta orang di sebuah Wilayah sebesar 50,000 batu persegi amat menghargai dan menyanjung tinggi perasmian majlis atas keahlian Persekutuan Tanah Melayu. lanya memberi Persekutuan satu keistimewaan dan satu hak dalam pertubuhan dunia. Persekutuan Tanah Melayu akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dengan penuh semangat ke arah pencapaian matlamatnya sebagaimana yang termaktub dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu."
Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap negara kita Persekutuan Tanah Melayu itu adalah satu lagi kemajuan dan perkembangan yang dibanggakan dalam proses perjalanan ke arah mengisi kemerdekaan negara sepenuhnya.

NOTA: Entah, seperti PBB telah kehilangan fungsi. Terlalu banyak kerancuan berlaku semenjak dua ini (walhal usianya sudah cukup tua segala bagai). Barangkali, PBB layak digelar Pertubuhan Badut-Badut Sedunia. Entahlah apa yang menjadi punca kerancuan pada sistem dalaman pertubuhan seperti yang kita saksikan sekarang ini.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top