ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hari Ini Dalam Sejarah: Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu



Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Tarikh Peristiwa: 10 September 1957
Pada hari ini dalam tahun 1957, telah berlangsung sidang Kabinet yang pertama semenjak Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan sebagai negara Merdeka. Kabinet Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang mengandungi 12 orang Menteri yang dipimpin oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengadakan persidangan selama dua jam di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, bekas Menteri Besar Selangor yang juga Setiausaha Tetap kepada Pejabat Perdana Menteri telah menjadi Setiausaha Persidangan tersebut. Pada persidangan tersebut Tunku Abdul Rahman telah memangku jawatan selaku pengerusi Majlis mesyuarat yang sebelumnya dipegang oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Antara 12 anggota-anggota Kabinet yang berada pada persidangan bersejarah ini ialah Dato Abdul Razak bin Hussein selaku Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pertahanan; Kolonel H. S. Lee selaku Menteri Kewangan serta Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran. Sidang Kabinet pertama ini telah mengkaji semula kerja-kerja kemajuan yang telah dijalankan sebelum merdeka dan tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan sebagai mengisi kemerdekaan negara. (Sumber Arkib)
NOTA: Tertubuhnya barisan kabinet di mana-mana negara bukanlah untuk menjadi boneka atau badut-badut sarkis. Barisan kabinet menggalas tugas berat iaitu memperjuangkan nasib rakyat, bukan demi diri sendiri semata-mata. Harap-harap kalian ingatlah ya, itupun kalau terlupa.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top