ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bangsat Pengarah Filem Melayu, Kan Mat?

Tempurung Pecah: Bangsat pengarah filem Melayu, kan Mat?
Oleh Mamat Khalid
2011/09/20

SEDARI mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang.

Segala perihal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman Melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya.

Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem arahan Uwei Hj Shaari mengangkat dan menceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma Fatimah dengan persoalan berat wanita Melayunya.

Aziz M osman juga di dalam filem terbaru Azuranya mengangkat budaya Melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasil kerja mereka, aku mula gusar.

Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri, minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integrasi kaum.

Bangsa Melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan si polan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem Melayu biasa' itu.

Aku tidak irihati dengan karyanya. Malah mereka iaitu Melayu yang terbabit di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia Melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku.

Di arak dan di beri penghormatan tahap menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasa hormat kepada kedaulatan bangsa di bumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan video Negarakukunya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini dia diangkat jadi hero? Kini dia layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita, aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anak cucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia golongan pluralism ini? Adakan masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat keghairahan, sementara pada masa sama tidak mempedulikan masa depan anak bangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalu-alukan perpaduan dengan filem aku, namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku.

Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ia hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di Youtube? Kalau mahu, bolehlah aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku beratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini, adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mahu sensitif. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.

###########>>>>>###########>>>>>###########

@:: terima kasih banyak bang Mat, sememangnya BANGSAT itu sesuai benar diberi buat mana2 individu yang lupa akan bangsanya sendiri. Soalku hanya satu, apakah dengan cara memaki orang lain bisa memberikan jalan pintas untuk aku bertemu PM, atau PM akan berjumpa denganku, atau dengan tiba-tiba Land Rover gelap berhenti di luar rumahku, kemudian seorang dua pegawai lengkap seragam mengetuk pintu, lalu membawaku ke balai atas pertuduhan MEMAKI PM atau sesiapa saja yang berkuasa? Andai itu berlaku, ingin aku bertanya, adilkah? Jikalau aku MEMAKI PM, itu tak jadi masalah (dari segi agama memang salah, dari sudut sivik dan moral juga salah) sebab PM itu bersifat individu, tetapi bagaimana pula dengan MEMAKI-HINA lagu kebangsaan? MAKI aku lebih kejamkah? Atau TELOR penguasa hilang kerana dia datang dari sukukaum yang konon banyak membantu negara dari segi ekonomi? Ah, betapa bangsatnya kalian. Tekak aku geli, aku mahu pergi cari air kopi buat menyamankan anak tekakku ini.

A. Jikara

** Sumber: Berita Hairan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TempurungPecah_BangsatpengarahfilemMelayu_kanMat_/Article/

Sent from my Nokia ⡢ 5730XM ⡖ Hacked Series!

2 comments :

Anak Bumi said...

minta2lah abang mat baca ADD aku tu awang..hehe

cemomoi said...

dalam banyak hal, melayu le bikin celaru bangsanya sendiri...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top