ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Antara Sebab Utama Sejarah Wajar Diteliti dan Diperbetuli Faktanya

|Antara Sebab Mengapa Sejarah Negara Wajar Diteliti Semula Dan Diperbetuli Akan faktanya


"Forty-five years after Singapore’s expulsion from a union with Malaysia left Lee Kuan Yew in tears on national television, the economy of the city-state he led to independence is poised to overtake its neighbor."
Perkataan KELUAR langsung tidak menepati peristiwa yang berlaku ketika itu dan ternyata ia bercanggah sama sekali. Andai diteruskan penggunaannya? Tidak menjadi masalah tetapi fikirkanlah sejenak, cocokkah ayat "Keluarnya Singapura daripada Malaysia" dibanding dengan "Singapura disingkir daripada Malaysia"? Seperti biasa, ternyata perkataan KELUAR dan SINGKIR (SILA KLIK) itu jauh sekali percanggahannya. Sekali lagi, andai diteruskan juga penggunaannya? Kalau sudah gemarkan sangat mengguna perkataan KELUAR, sila gunakan ayat ini:

1. Singapura dikeluarkan daripada Malaysia, atau
2. Malaysia mengeluarkan Singapura.

Jadi? Itu sahaja, barangkali pihak yang berkenaan sengaja berbuat demikian atas alasan konon memudahkan kefahaman masyarakat umum. Tetapi, hal ini sebenarnya salah. KELUAR menurut kamus Dewan Edisi 4 membawa maksud:

1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat;

2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~;

3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi;

4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah;

5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi;

6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus;

7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan;

8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan);

9. sl di luar;
~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka;

MENGELUARKAN

(1). membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis;

(2). menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya;

(3). menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr P.B.B.; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini;

(4). memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang;

(5). mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu;

(6). melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya;

(7). membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka;

(8). mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal;

(9). menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah;

(10). menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri;

TERKELUAR

(1). (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya;

2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya;

3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri;

4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik;

5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar;

KELUARAN

1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri;

2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas;

3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~

a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar;

b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai;

PENGELUARAN

perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan;

PENGELUAR

1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga;

2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia.

## Apa kata anda? KELUAR itu terlalu UMUM, dan mengelirukan pula. Lainlah kalau dicatat MENGELUARKAN, baharulah menepati dan tidak salah pula akan landasan kisah asalnya. Sekian ...

AYAT SKEMA
Ayat 'TEARS' sama 'EXPULSION' itu yang paling MAHAL. Inilah buktinya, antara KELUAR dan SINGKIR (BUANG) adalah dua maksud yang amat2 tiada pertalian saudara.

"Forty-five years after Singapore’s expulsion from a union with Malaysia left Lee Kuan Yew in tears on national television" Bloomberg (Klik)
~ A. Jikara

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top