ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Wujudkan Kebangsaan Dengan Dasar Islam

|Wujudkan Kebangsaan Dengan Dasar Islam

Dengan darah dan air mata, telah kita beli kemerdekaan ini. Syukur Alhamdulillah kita telah mempunyai sebuah Negara yang besar. Mungkin Negara yang keenam besarnya dalam dunia ini. Salah satu dasar yang telah kita pilih, ialah KEBANGSAAN. Tetapi rasa kebangsaan, boleh mendorong menimbulkan kekuatan dan boleh juga menimbulkan chau'vanisme, kebangsaan sempit.

"Yang di awak benar, yang di orang segala bukan!"

Rasa kebangsaan boleh menimbulkan semacam Hitlerisme, dan itulah yang menghancur-leburkan Jerman. Kita terdiri dari berbagai ragam suku bangsa, dan setiap suku bangsa mempunyai kemegahan sendiri, mempunyai 'Dongeng' sendiri, tentang kebesaran nenek moyangnya. Mempunyai 'Pahlawan' sendiri, pahlawan KHAYALI! Jika suku bangsa Jawa memegahkan Gajah Madanya, Minangkabau pun mempunyai Cindur Mata, dan Melayu pun mempunyai Hang Tuah. Dan biasanya, bilamana 'Pahlawan Khayal' itu telah lama MATI, kian banyaklah ditimbulkan atas dirinya tambahan dongeng sehingga dari manusia biasa, mereka dinaikkan jadi DEWA.

## Demikian diselitkan petikan dari hari ke hari demi memperbaiki dan memperbetuli diri sendiri yang kadang terlebih banyak mengarah kepada,

"Yang di awak benar, yang di orang segala bukan!"

Bukan diri tidak bermodal hendak memberi, sebenarnya diri ini masih memerlukan empati melebihi simpati. Lihat sahaja kita, punya modal besar sebesar sebuah negara, apa kita perbuat dengannya? Kita laungkan hasrat merdeka sekadar ikut-ikutan, tidak terikut sama tautan penghayatan.

"Yang di awak benar, yang di orang segala bukan!"

Kita, sedari dahulu berbantah soal akar umbi yang rosak, sedang pokoknya belumpun kita tebang. Kita 'Jahil' sekali dalam bab ini, akuilah sejujurnya. Perbaiki mana yang dirasakan kurang, perbetulilah juga kain sarung yang hampir terlondeh di tubuh sendiri. Kita melihat seolah kita berjaya melihat segala cacat di tubuhnya orang, sedang cela di diri kita sendiri, Astaghfirullah, tertusuk senjata pula rupanya kita.

>>> J. KingRaja
>>> Cuplikan kitabnya Buya Hamka

Sent from my Nokia ⡢ 5730XM ⡖ Hacked Series!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top