ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Terima Kasih Banyak Buat Sekalian Insan Nan Berdengki Kepada Diri (1)




|Terima Kasih Banyak Buat Sekalian Insan Nan Berdengki Kepada Diri (1)

Barangkali kalian pernah tersua akan nukil nan dititip ini. Tiada mengapa, biarlah ia diulang berkali-kali demi menyedarkan diri sendiri nan tiada sedar diri, demi mereka nan cuba memahami mengapa perlu saran KRITIK itu wajar diunjuki.

Begini, KRITIKAN nan ditujukan kepada diri sebenarnya menunjukkan bahawa diri memiliki kelebihan di mana orang lain tidak memiliki. Andai diri tiada mahu dikritik atau membuat orang lain berdengki kepada diri, barangkali kata-kata nan paling tepat untuk diri adalah ucap takziah kerana kewujudan diri di dunia ini sudah tiada memiliki sebarang makna dan erti. Ketika itu diri sudah dianggap mati sejak dahulu lagi, namun diri tiada menyedari.

Andai pada suatu hari nanti diri menemukan kata-kata hinaan, nyanyian sumbang nan memperlekehkan beserta ungkap-ungkapan nan merobeksobekkan perasaan, maka ucapkanlah 'hamdalah' kerana diri telah menjadi diri nan sentiasa menarik perhatian orang ramai dan diri menjadi seorang nan sangat penting pada pandangan mereka. Inilah nan seharusnya menjadi sikap diri pada ketika berhadapan situasi seumpama ini.

Ya, antara tanda-tanda kejayaan terbesar adalah sentiasa dihujani pelbagai kritik nan pedas. Ini bermakna diri sedang melakukan perkara besar namun di dalamnya diri masih ada melakukan beberapa kesilapan. Namun jika diri tiada dikritik lagi dan tiada dijadikan sebagai sasaran dengki, maka ini bermakna diri sekarang sama seperti angka KOSONG besar. Dalam erti kata lain, kehidupan diri tiada lagi memiliki erti dan juga makna.

J. KingRaja

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top