ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Terbanglah Mencari Sahabat Nan Baik Peribudi

|Terbanglah Mencari Sahabat Nan Baik Peribudi

Mencarilah akan diri seorang sahabat nan baik budi
bukan kerana kemuliaan nan pada tubuhnya
bukan kerana keelokkan dirinya bak bulan purnama
bukan kerana harta dunia nan berkoyan miliknya
bukan kerana simpatinya nan selalu tumpu kepada kita
bukan kerana hajat nan asyik diperturutkan buat kita
tidak pula kita berharap akan apa-apa kelebihan segala
tetapi kerana dirinya sering membimbing kita
sering pula menuntuni dalam perjalanan hidup di alam dunia
malah tidak pula dirinya pernah melupakan kita
apatah lagi mahu menakung buruknya akan sangka-sangka
nan akan membenam segala peribudi baik
segala nan akan terpamer kemudian nanti pastilah jelek
akan ketentuannya

J. KingRaja

## adapun mencari sahabat yang baik itu juga adalah suatu kerja (pencarian) dalam hidup kita. Setiap hari pasti kita mengharap agar dipertemukan dengan sahabat yang baik. Akan tetapi sesudah kita bertemu dengannya, apa pula kita perbuat? Ramai yang membalas budi sahabat dengan membaling batu sembunyi tangan, dan tak kurang pula yang bertindak menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka, malah dengan bangga melempar tuba ke dasar kolam milik sahabatnya sendiri. Jujurkah kita dalam bersahabat sebenarnya?

1 comments :

Ampuan Awang said...

..., carilah sahabat yang baik sebanyak-banyaknya, sementara yang kita sangka buruk usah dipinggirsingkirkan pula kerana mereka juga berhak untuk disayangi jua adanya ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top